Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 16, 2010

Sentuhan Qalbu



   "KELEKAAN kita mengejar hal duniawi menyebabkan ada kalanya lalai untuk mengimbangi antara ilmu dunia dan akhirat. Lebih menyedihkan kini, pelbagai masalah sosial berlaku dengan berleluasanya. 
   Gejala sosial ini amat membimbangkan banyak pihak termasuklah stesen yang prihatin di dalam perkara ini, TV9. Lantas program Halaqah dengan musim baru bertemakan Sentuhan Qalbu dilancarkan bagi mendidik jiwa sekali gus menyentuh mengenai kehidupan kita di muka bumi ciptaan yang Maha Esa.
   Antara persoalan yang akan dibincangkan adalah mengapa kita dicipta, apa peranan kita di pentas dunia ini, hala tuju kehidupan dan seterusnya adakah kita sudah bersedia untuk kembali ‘dijemput pulang’?
    Program Halaqah Sentuhan Qalbu yang bakal disiarkan setiap Selasa, jam 10 malam bermula  kemarin 15 Jun ini mampu menusuk kalbu penonton dan dapat dirasai 13 episod yang akan mengupaskan mengenai pelbagai topik.
   Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata program yang menyentuh mengenai kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian dilancarkan agar kita sama-sama sentiasa bersyukur dengan pemberian Maha Pencipta dan akhirnya mampu merubah kehidupan seseorang kepada nilai lebih positif.
   “Topik Halaqah Sentuhan Qalbu dimulakan dengan topik ‘Dicipta’ dan diakhiri dengan ‘Kita Pulang’ pastinya memberi kesan yang mendalam kepada penonton semua.
   “Tokoh agama dan pendakwah berpengalaman dipilih sebagai ahli panel dan mengupas 13 topik menarik bersama jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual berpengalaman daripada ESQ Leadership Centre (jurulatih) terpilih. Rancangan ini akan dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Noor Sulaiman. 
   "Bagi episod pertama kita akan menampilkan ahli panel berpengalaman dan juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu Datuk Nooh Gadot serta jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual iaitu Andi Mohamad Fajar.
   “Sementara episod kedua yang mengupas topik ‘Pohon Hidup’ pula akan dikupas oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bersama seorang lagi jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual iaitu saudara Aminul Rachman Pulungan,” katanya yang berharap program ini mampu memberi manfaat kepada penonton.
   Menurut Ahmad Noor yang juga selaku penerbit program ini berkata, konsep yang dibawa menerusi Halqah Sentuhan Qalbu ini memberi pengalaman berbeza daripada program sebelum ini.
   “Kali ini ia diadakan dengan konsep berbeza dan agak berlainan daripada rancangan lain di mana penyampaian bagi setiap episod adalah menggunakan multimedia yang menggabungkan animasi, klip video, kesan suara (audio) dan bunyi serta muzik syahdu melalui medium layar berukuran 4 x 6 meter. 
   “Rakaman yang diadakan di studio 1, ntv7 di Glenmarie Shah Alam ini juga membabitkan hampir 100 tetamu dan mereka juga akan turut membabitkan diri dalam sesi soal jawab bersama ahli panel. 
   Topik lain di dalam 13 episod program Halaqah Sentuhan Qalbu seperti Dicipta, Pohon Hidup, Ikon, Kontrak Hidup, Dairi Nabi Ibrahim a.s, Macam Mainan, Saham Ibubapa, Namaku Remaja, Ayah & Ibu, 5 Minit Aje, Akhir Hayat, Mengurus Dunia dan Ketika Pulang,” katanya."

Sumber dari Online Berita Harian


Sama2 la kita menyokong Halaqah Sentuhan Qalbu ini...moga-moga dapat memberi kita kesedaran dan bermuhasabah diri... memang best racangan nie...smlm ak menangis ketika menonton...tp aku bersyukur Allah sentiasa menyayangi aku... =) Alhamdulilah Ya Allah...Syukran Jazilan...

Tuesday, June 15, 2010

Kesal



Sayang ku Hanani, 

Tanggal 15 Jun 2010 bersamaan hari Selasa, merupakan tarikh yang begitu mengejutkan aku...aku tersedar dari lamunan kehidupan aku...kejadian itu telah menyedarkan aku...bahawa aku masih wujud di dunia ini...aku menangis kerana ku sangkakan diri ini tidak penting. kehidupan yang Allah pinjamkan pada aku, telah aku persiakan. aku menjadi terpukul apabila tersedar bahawa aku harus lakonkan watak ini sebaik mungkin. aku harus bersyukur kerana watak yang diberikan Allah SWT pada aku sempurna. namun aku alpa, lupa, cuai, dan sering berasa tidak senang dengan watak yang ditetapkan... muhasabah diri, terpanggil aku untuk mendekatkan diri dengan muhasabah diri. 
Kenapa aku terlalu cuai dengan diriku sendiri... kenapa aku tidak mengasihi diriku sendiri... aku teringin untuk menyayangi diriku...namun aku memerlukan kasih sayang orang lain...Bodoh itu yang ku fikirkan... bodohnya aku kerana ingin kasih sayang orang lain, padahal aku boleh menyayangi diriku sepenuh hati...bukankah rasa kasih dan sayang pada diri sendiri lebih bermakna???...sekali lagi aku merasakan diriku jahil...

Aku boleh menasihati orang lain berjaya, sayang diri, bersyukur dan sebagainya...tetapi, aku biarkan diriku terkontang-kanting mencari dan menunggu kasih dan sayang dari aku kepadanya. aku kesal sungguh aku kesal....apa yang harus aku lakukan...aku ingin memohon maaf pada diriku sendiri....kerana aku sering menyakiti diriku sendiri...maafkan aku wahai sayang....aku amat menyayangi dirimu 'AKU' sayang...

“Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.”

Monday, June 14, 2010

Kelebihan Bulan Rejab


REJAB KEMBALI LAGI
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Isnin bersamaan 14 June 2010 (1 Rejab 1431 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

FADHILAT BULAN REJAB
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut ::
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. 
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. 
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, 
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. 
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. 
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. 
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. 
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. 
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan 1 / 4 hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. 
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. 
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. 
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. 
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. 
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. 

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab ::

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ::

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab ::

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT :: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil HaraM ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Surah Al-Israa Ayat 1.

DOA BULAN REJAB ::

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
 
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab ::

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


WasallaM,

Petikan dari ::
MOHAMAD DAUD HJ SUTAN.