MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Aku.Me.Saya.I.Gue.. Show all posts
Showing posts with label Aku.Me.Saya.I.Gue.. Show all posts

Friday, August 19, 2011

He is my "Brat Pitt"


bersihnya muka dia...


serabutnya jambang dia

hurmmm...hai u all... this is my "Brat Pitt" haha...yola tue MissN@niey...
buah hati saya ckap dia mcam brad pitt... YEKE??? hurm hidung bagai langit dengan bumi... mata? hurm macam ayam dengan itik eh tak ayam dengan helang...haha...nak bagaitau kat abang sayang MissN@niey..yg abg langsung xsama dgn BRAD PITT...(jangan marah nnt kena jual)
HowEver... he still my "Brad pitt" walaupun xsama seperti Brad Pitt.. abang tetap no SATU dlm Carta Hati sayang,,,hikhikhik....

dan ini "brat pitt" sayeee





Saturday, April 9, 2011

Online Dunia Vs Online Akhirat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua... Apa khabar? MissN@niey harap u all semua sihat sejahtera hendaknya... dah lama MissN@niey tidak menuliskan, MissN@niey perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri...mencari diri, menjadi diri, untuk diri... Sebenarnya, MissN@niey nak berkongsi pendapat berkenaan tajuk yang menarik minat MissN@niey iaitu Online Dunia vs Online Akhirat...
Tajuk ini telah membuat  MissN@niey untuk berkongsi rasa bersama sahabat-sahabat internet MissN@niey...
U all nak tahu, apa itu Online Dunia? Apabila u all baca mengenai Online Dunia ini apa yang u all terfikir dalam kotak pemikiran u all? hurmm apa pun yang terlintas di dalam fikiran u all ingin MissN@niey nyatakan pendapat MissN@niey tentang Online Dunia ini... U all mesti ada facebook bukan? seperti MissN@niey la, ada Blog, ada Facebook, ada Twitter, ada Frienster (dah lama x on) dan email-email seperti Gmail, Yahoo dan Hotmail.. macam-macam lagi la. Tapi itu semua hiburan di dunia bukan? Yang membolehkan kita mencari teman-teman lama, kawan-kawan seperjuangan dan rakan-rakan baru.  
Tapikan u all sedar tak, semua ini kita memerlukan satu benda @ hardware seperti sebuah Komputer yang lengkap, @ laptop @ notebook... itu baru sebahagian, ada satu lagi bahagian lain iaitu yang membolehkan kita online apa tue...sudah tentulah Broadband, Wirefire @ WireLess, Streamy dan sebagainya. Dan jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Mahal kan. Ada yang cakap, takpe berbaloi, unlimited. Di mana saja masih boleh online..yeke? limited kot...ada juga yang limited kan...kalau unlimited, kat kampung ceruk tok kun boleh online tak? unless kalau syarikat telekomunikasi spend berjuta-juta ringgit untuk membina pencawang di kawasan berkenaan... wallahualam
Tapi MissN@niey nak kongsi satu perkara online yang murah free la sebenarnya, unlimited, 24 jam, 360 hari dan tiada tamat tempoh pun... nak tau ape tue, tentunya Online Akhirat. Apa itu online Akhirat ? Online internet juga ker? yang mencari ilmu @ pengetahuan mengenai akhirat atau agama? tak la...Online Akhirat ialah Online bersama ALLAH... :-) online yang unlimited...free tanpa dikenakan bayaran atau cas bulanan.... hebat tak?

Rasanya ramai  di kalangan kita yang tidak sedar perkara ini, termasuk lah MissN@niey sendiri. Bila MissN@niey hadapi masalah, MissN@niey akan turn on notebook ni. Apa lagi online la, surfing internet. post di wall facebook MissN@niey atau di Twitter atau MissN@niey akan blogging. Namun MissN@niey tetap rasa kurang senang, jiwa tetap kurang tenang. Ia membuatkan MissN@niey nani berfikir, kenapa ya?

Dulu, pernah ada orang nasihatkan MissN@niey. kalau MissN@niey ada masalah mengadulah pada ALLAH, kerna DIA sentiasa ada untuk MissN@niey insyaAllah. Lalu MissN@niey berdebat kerna ketika itu MissN@niey memang memerlukan insan untuk mendengar dan menjadi pendengar yang peka. MissN@niey tak minta di nasihati pun, hanya menjadi peneman untuk MissN@niey. Tapi MissN@niey akan berasa lega tatkala melihat respon dari riak wajah mereka yang mendengar, MissN@niey akan berasa puas ketika mendengar suara yang menasihatkan "sabar ya, insyaAllah semuanya ada hikmah."

Tapi MissN@niey leka, alpa dan cuai, ujian ini dari mana? kenapa? mengapa? di soal juga pada diri MissN@niey, tetapi jawapan yang MissN@niey coretkan hanyalah negatif tidak positif. Samalah dengan online...Bukankah ketika kita bermasalah dan tidak berpuas hati kita akan Facebooking. Secara logiknya tidak menjadi satu permasalahan sekiranya kita surfing internet. tapi biarlah kena pada waktunya dan caranya bukan? Natijahnya, ramai penasihat yang tidak bertauliah akan datang offerkan diri untuk memberi perkhidmatan kaunseling. Bagus kerna mereka ini mengambil berat, namun biarlah tahu batas sempadan mereka dengan si permasalah.

Berbalik kepada soal Online Akhirat, iya, MissN@niey menjadi terpanggil berkongsi rasa mengenai topik ini. kerna untuk mencari ketenangan kita sebagai manusia harus berbalik kepada spiritual. Online bersama ALLAH itu lebih tenang jiwanya. Bila-bila, kita nak online dengan ALLAH pun boleh, tengah malam @ dini hari, pagi, petang, malam...bila-bila ALLAH sentiasa ada untuk kita...kita akan dapat merasakan diri kita disayangi, dikasihi dan dijaga dengan begitu sempurna. Percaya atau tidak cuba lah...

Kepada mereka yang telah mencuba syabas MissN@niey ucapkan kerna anda berada di landasan yang betul. Dan kepada mereka yang belum mencuba, cuba lah... anda tidak akan menyesal dan anda tidak akan mencari yang lain.... malah, bila anda mencuba online bersama Allah...anda akan lupakan yang lain gunalah talian Allah. Dah tak mahu yang lain...(dah macam iklan pula MissN@niey nie..hehe)

Selamat mencuba...buat anda dan MissN@niey juga...aminnn..Ya Rabb...

Renung-renungkan, selamat mencuba... Anda buat anda dapat.. :-)

Wednesday, January 19, 2011

Di Atas Satu Cinta



Jejak-jejak langkahku bagaiku lembaran waktu,
apakah ku masih bisa terus melangkah,
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta.






 SubhanAllah aku mencintainya,
SubhanAllah aku menyayanginya,
dari ufuk timur hingga ke barat,
selalu di hatiku.









~MissN@niey~
Cinta dalam hati

Wednesday, December 29, 2010

Ngedate with Fathiah Faudzi (26 December 2010)


Last 3 days
Yesterday I'm dating with her at Starbucks The Strand at Kota Damansara... Long time not see her... yesterday saw her again (✿◠‿◠) [tulis dah 3 hari lepas, sepatutnya dah di post, buat kerja lain, post lambat sikit =) ]
"Kami" (Nani + Fatea) merupakan gadis berKerjaya yang sangatla comel (tak boleh blah...but true what?) 
Justeru apabila kami sudah berKerjaya, masing-masing agak busy, tak de masa nak spend together...Dah lame kami tak kuar berborak macam nie. Actually, what I like About her is Table Talk, we called it as TT... macam-macam la borak...antaranya :: 
  • Our Career
  • Our Family 
  • Our Love (ha...about person in our heart ok ) 
  •  Our Friends... 
  • and more thing...
Itu perkara yang paling penting yang "Kami" akan lakukan bersama... Sebenarnya aktiviti ini bagus dan juga merupa terapi yang baik untuk kita sebagai manusia... kerana kita memerlukan seseorang untuk kita meluahkan rasa, betul? Tapi, we need to find someOne yang boleh menjadi seorang pendengar yang peka..hanya mendengar, sudah memadai...tak perlu memberi pandapat untuk menyelesaikan masalah sekiranya perkara yang di bincangkan merupakan satu permasalahan... itu yang "Kami"lakukan setiap kali "Kami" bertemu... 

Ini Lah "Kami"
I eat Donate and Fatea eat  Muffin

Picture mula-mula nak close...but now we are bestfriend...


~MissN@niey~



    Tuesday, December 28, 2010

    Malaysia vs Indonesia (PenDamaian)



    Puas aku mencuba menepis semua dugaan
    Malah ada yang anggap aku lupa daratan
    Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
    Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

    Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
    Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
    Terkadang harus terima suratan drnya
    Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnyahttp://www.free-lyrics.org


    ( korus )
    Telah... kufikir sedalamnya
    Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
    Jujur dalam perbuatan
    Dan... jatuh airmataku
    Mendengar pengakuan ikhlasmu
    Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
    Hatimu terluka...

    Moga suatu hari sembuhlah luka
    Dan kembali ceria walau hati aku ini
    Milik engkau dan dia ( 2X )

    Korang semua ingat dan tahu lirik lagu ini? Tentu korang tau kan? Dan apa kaitan lagu ni dengan Malaysia dan Indonesia? Nak tahu cite baca sampai habis, tamat... (^_^)
    Pagi tadi on the way ke office kat  Cyberjaya, aku dengar  radio HOT.FM yang mencerita mengenai pendamaian. Focus tajuk Hot.FM hari ini berkenaan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF yang melibatkan 2 negara yang tidak jauh bezanya, iaitu Malaysia dan Indonesia. 
    Ya la kan, kita telah banyak mendengar kontrovesi antara 2 buah negara nie kan, macam-macam yang kita dengar, baik dari segi politik, ekonomi dan yang paling buruk ialah sosial...

    Pihak Indonesia berpendapat bahawa kita ini seperti Maling (Pencuri), yang telah mencuri budaya dan adat resam mereka. 
    Mengapa mereka harus meLabelkan kita sebegitu rupa? 
    Pernah kita terfikir sama ada kita ini Rakyat Malaysia atau Rakyat Indonesia, bagaimana rakyat Malaysia bisa mencuri semua budaya itu? 
    Bagaimana? hurmmm.....

    Dari pihak Malaysia pulak, kita sering memandang rendah kepada masyarakat Indonesia yang datang ke Malaysia secara haram @ di kenali sebagai PATI (Pendatang Tanpa Izin).
    Namun apa kita pernah mengkaji, Mengapa dan Kenapa mereka menjelajah atau berhijrah ke Malaysia? Pernah kita bertanya kepada diri kita masing-masing?

    Tentu jawapannya tidak bukan? Atau kalau ada sekali pun... sekejap jer...

    Untuk pihak Indonesia yang beranggapan Malaysia merupakan maling itu salah sama sekali.
    Apa yang terjadi pada masa sekarang adalah sejarah kita pada masa lalu... 
    Malaysia bukanlah maling. 
    Namun permindahan budaya @ adat telah berlaku pada zaman dahulu. 
    Seperti permindahan Agama Islam...kalau tiada yang membawa agama Islam ke Asia..apa mungkin kita sekarang menganut agama Islam? 
    Itu konsep dunia...kalau tidak ada konsep dunia ini...tiadalah Tamadun sekarang....
    Adat manusia berhijrah dan membawa ilmu yang telah di bekalkan didalam dada ke satu tempat yang lama ke satu tempat yang baru... bukan begitu? 
    Rasa ingin tahu yang telah diberikan oleh Maha Mencipta kepada setiap hamba ciptaanNYA...telah membuat kita rasa untuk beralih ke suasana baru...kita perlu memahami konsep manusia itu sendiri...barulah kita akan rasa hidup ini mestilah berkongsi....
    Allah tidak mencipta dunia ini untuk satu-satu kaum, bangsa, atau keturunan sahaja...tapi kepada mereka yang bergelar manusia...malu sekiranya kita tidak mengerti konsep keHIdupan itu sendiri... kenapa perlu ada rasa iri hati, dengki, dan sentiasa mahu bermusuhan?... kerana mungkin kita tidak ada rasa syukur dalam diri kita.... 
    Justeru., kita perlu kita menuding jari menuduh itu ini....mereka yang bersalah...mereka yang tidak betul...mereka itu pembohong..ingat konsep ciptaan jari kepada manusia...satu jari kita menuding kepada seseorang itu...empat jari lagi akan menuding ke arah kita... bukankah sama kita memalukan diri sendiri? renungkanlah... berfikirlah seketika....

    Dan Untuk pihak Malaysia, kenapa kita harus cepat melatah? 
    kenapa harus ada perasaan memandang rendah terhadap orang lain? 
    apa kita sudah cukup berada di atas? tak perlu mengikut jejak orang lain....
    kita serumpun dengan mereka...tiada berpebezaan...diCipta dari Maha PenCipta yang sama... berpegang kepada agama yang sama... kita tidak perlu beremosi sebegitu...kita harus yakin dengan apa yang telah ditetapkan Allah kepada kita...jangan sesekali kita memandang rendah kepada mereka yang datang untuk mencari rezeki yang halal....yang kita terlalu sibuk  mencari kelemahan orang lain...itu bukan sikap orang Malaysia....
    Bersyukurlah... Malaysia betul-betul berada di garisan khatulistiwa...kurang bencana alam...
    pernahkah kita terfikir itu? mereka sering berhadapan dengan risiko yang membahayakan....namun kita hidup bersenangan...sampai ada satu perpatah yang tercipta "Orang Malaysia mati sebab makan yang banyak dan malas" malu saya....tak mau dengar yang sebegitu lagi...bangun... buka mata...dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih...persaingan yang tidak sihat harus ditinggalkan... 
    cari persaingan yang sihat....yang positif..hidup kita akn lebih aman dan tenang InsyaAllah...

    Bola--> adat permainan derrrrr...memang la ada yang kalah ada yang akan menang.... saya bangga jadi rakyat Malaysia...begitu juga dengan korang semua dan anda pasti juga berbangga menjadi rakyat Indonesia...
    Patriotik itu bagus...namun pasti yang sihat...yang kurang sihat harus ke klinik...agar sihat... tak salah kita menyokong pasukan kita masing-masing...namun  jangan kita memuja...apabila konsep meMUJA itu wujud dalam diri kita SALAH....terus pangkah besar macam nie X 
    Memang kita harus memberi sokongan kepada pemain kita...negara kita tue bebbb...dimana bumi dipijak...disitu langit dijunjung...ingat...Bumi nie bukan milik kita...Milik DIA yang Maha ESa... sokong lah pasukan masing-masing... beri sokongan yangsihat...jangan emo-emo....tak baik untuk KeSEHATAN.... habis perlawanan..habis sokongan...jangan terlalu bangga setelah menang...syukur ucap terima kasih kerana diberi rezeki untuk menang...

    Berbalik kepada lagu Ukays tadi Pahit dan manis akhirnya berkenaan dengan topik penDamaian di Hot.FM itu tadi...yang menelefon semuanya mengenai pendamaian rumah tangga... aku sempat dengar seorang wanita ini. Dia baru kahwin 5 bulan... biasa la kan ada masalah rumah tangga... baru 5 bulan kot... sampai peringkat baru mengenali hati budi la tue (pandai je aku, macam la aku dh kahwin... berdasarkan pengalaman orang lain)... si Isteri mahukan penDamaian, namun si suami sudah tidak tahan...mahukan perPisahan... wanita itu hampir menangis ketika menceritakan kerana dia belum bersedia untuk mendengar dari mulut suaminya sendiri di Mahkamah nanti melafazkan cerai... 
    Agaknya apa punca si suami tidak mahu berDamai kembali ye? sedih aku mendengar crita tue...sampai hati suaminya ingin melihat isterinya bergelar janda selepas 5 bulan...Ya Allah, aku mendoakan mereka berDamai kembali di waktu yang singkat sekali pun...amin...amin..ya rabbalalamin..moga wanita itu tabah menghadapi dugaan hidupnya...

     Dan cerita yang kedua juga mengenai suami isteri juga.. ha, yang nie baru ade kaitan dengan lagu kat atas tue..
    seorang isteri merelakan dirinya dimadukan.... dia merestukan suaminya untuk berkahwin seorang lagi...usia rumah tangga, tidak dikenal pasti, namun dari penelitian aku, mereka masih muda...
    isterinya berbicara sebegini ::
     "Farah, bukan payung emas yang saya cari, namun saya tidak sanggup melihat suami saya menipu...dan saya tidak sanggup mencuri tahu apa yang mereka buat dibelakang saya... lagipun wanita itu meminta restu dengan saya dengan cara yang baik... jadi baik la sekiranya saya mengahwinkan mereka, sekurang-kurangnya saya tahu suami saya di mana... tak salahkan kalau saya ingin melihat insan yang saya sayang bahagia...."
    Sebak aku mendengar pengakuan tulus dari isterinya...kalau aku jadi suami dia...xnak aku kahwin lain...isteri aku sayang gilerr kat aku lerrr...tapi apakan daya...aku juga wanita.... hurmmmm..menitis airmata MissN@niey...huhuuuuuu
    (AM krew terus menepuk tangan  dan faizal menujukan lagu ini kepada wanita itu) 
    wanita itu dengan sebaknya mengucapkan "terima kasih faizal"
    Moga wanita itu sentiasa kuat dan tabah...moga Allah menetapkan dia di kalangan wanita dan isteri yang solehah amin...selamatkan imannya YA ALLAh... amin...amin...

    Ha tue la kisah MissN@niey pagi nie...MissN@niey sedih juga bila dengar macam-macam masalah nie...macam mana la MissN@niey nanti...hurmmm BerDoa itu kunci segalanya...banyak-banyakkn berDoa ye... smile always...
    ~MissN@niey~

    Monday, December 27, 2010

    Yes we Can...Amin

    (◡‿◡✿) (✿◠‿◠) (◕‿◕✿) (◑‿◐) (◕‿-) (✿ ♥‿♥)

    Wah...melebarnya MissN@niey senyum... tapi kenapa yer? haha...Tahniah Harimau Malaya "Malaysia Boleh"... Semalam aku pergi menonton perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF at Damansara. Mulanya agak berdebar dan aku tidak mengharapkan apa-apa pada mulanya...tapi dek kerana semangat patriotik yang telah dianugerahkan kepada aku (hehe bangga diri jap), aku yakinkan diri "ye Harimau Malaya mesti dapat tewaskan Garuda"...syukur Alhamdulilah ke atas hadrat Ilahi...benar...jika kita yakin kita boleh..kita pasti boleh!!! 

    0-0
    waktu nie, serious aku tak lalu nak menelan nasi lemak ayam yang aku order tu, payah gila nak telan...
    Dan kat bawah nie gambar curi dari FB abg aku no 2...dia g stadium semalam...

    Bang cik --> Intan curi gambaq hahahaha...
    Nie Abg aku...yang mn? yang tengah tue la...tunjuk tulisan Malaysia tue...dia g stadium...dia mmg semangat bola dari bangku sekolah lagi...minat sangat la...setiap kali ada pertandingan bola...mesti sampai stadium...kalau banyak duit, aku rasa world cup pun dia akan p punya...

    1-0
    caya lah Harimau Malaya...tendangan dari safee...membuat restoran Gulam Mee tempat aku menonton tue terus gegarrrr...!!!...aku jerit jap...tapi xla kuat sangat, sikit je....tapi aku masih xlalu nak makan...hahaha
    tengok keadaan di stadium plak...
    Inilah wajah penyokong Malaysia selepas Harimau Malaya Gol 1-0....sangat seronok mereka di Stadium ye...aku sorak kt kedai makan jer...kak uda...sorak sorang2 kat rumah...hahaha

    2-0
    ashari gol pulakkk.....sorakkan aku bertambah kuat...xtau la kuat mana...tapi aku yakin orang lain semua sedang khusyuk melayan perasaan masing-masing....syukur Ya Allah..kami GOL lagiii...suapan aku..laju...
    Layan Stadium plak...
    Ya Allah, muka abg cik aku....tapi kalu aku kt situ pun...teruk juga muka aku...hahahaha

    3-0
    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....tandukan dari safee buatkan aku hampir menitis air mata aku korang tau...lucu arrr...aku tak sangka kita akan jadi hebat sebegitu....wahhh...kita sudah makin improved....satu peningkatan yang sangat baik...
    Gempaq Stadium bukit Jalil
    memang tak dapat di kawal lagi..hahaha...sapa tak seronok kan..

    Aku dapat rasakan kepuasan hati mereka menonton keMEnangan Malaysia semalam...



    Aku bangga bergelar Rakyat Malaysia



    Di sini aku nak share la..beberapa cerita dari News Paper Online...yang telah menceritakan kejayaan pasukan Malaysia kita

    ~MissN@niey~

    Sunday, December 26, 2010

    Sunday - it mean end of Holidays!

    It's Sunday!, I don't have to go to work, because today is weekend day, so I decide not to wake up early, but still early... 
    What to do ?
    1 ) Basuh yang seminggu tak basuh 
    2) Kemas bilik yang serabut
    3) Shopping - 

    • yesterday i bought 2 t-shirt green n purple colour
    • Kitchen stuff (cancel separuh jer sebab, belum beli semuanya...hehe)
    4) Dating saturday dah...sunday belum (Boleh gini?)
    5) survey Pc's 
    6) fikir esok nak pakai baju ape g kerja (kena fikir siap2)

    Itu jer yang ade dalam otak aku sekarang, tak proper listed apa yang patut aku buat setiap hari...hurmmm anyway, hari merupakan hari kemuncak buat Malaysia, kerana perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil...moga2 Malaysia menjadi Juara Suzuki kali ini...amin
    so aku dicide, nak pergi menonton ler...dengan spa dan dengan akan di Rahsiakan hahaha....(jangan mare ha)...ok la...nak g breakfast n sidai towel yang bru basuh....daaa
    wish u all Happy on Sunday...don't forget, tomorrow is workkk.... ;-)


    Saturday, December 25, 2010

    Saturday Morning


    Today is Saturday, December 25, 2010... and last Saturday in December and year 2010 ...
    For those who celebrate Christmas today (Especially the religion of Christianity), I hope that everyone has been behaving, enjoyed ur festivities and will be enjoying a while Christmas...
    Ho ho ho Merry Christmas xxxx

    And for religion of Islam, Haram to us celebrate it...but u still can wish for ur friends...no problem  (◕‿-)
     Ok la, Hari Sabtu Hari merupakan Hari Sabtuyang terakhir dalam tahun 2010 disember nie...so any special about Sabtu Hari nie, aku harap sangat tiada yang buruk akan terjadi pada dunia seperti yang kita pernah dengar tahun-tahun yang lepas...hurmm nak outing tak?
    Saturday....sesuai la nak dating ker, outing ker...window shopping ker...relax ur day...chillax...aku? xde perancangan lagi nak kuar ke tidak...tgk pada keadaan "dia" dan keadaan "aku" hahaha....
    Ok la nie je yang aku nak coleteh kan pagi nie...nak masak & kemas rumah jap..hurmm idea bagus...terapi yang amat baik....daaaa u all....
    before i leave....let me share this...
    Happy Saturday like Mr Bean Said.... (◕‿-)



    Thursday, December 23, 2010

    ~MissN@niey~

    Kenapa MissN@niey? 

    First :: kerna itu nama aku nurul haN@ni-EY

    Second :: sbb aku masih Miss....@ cik...aku bkn puan @ datin @ puan sri...if 1 day status aku dh berubah nnt, aku akan tukar la status aku tue...myb jd M@d@m N@niey plak...wait n see la...hehehe(◕‿-)



    ~MissN@niey~

    Wednesday, December 22, 2010

    •.¸¸.•´¯`•.Cerita tentang Aku ler ♥.•´¯`•.¸¸.•.

     Health::
    December Fever... December bring to sick...masuk december ni, aku rasa nak demam jer, tak berapa best bila diri kita berada dalam keadaan sakit.... nak pulak sakit tu adalah demam...hurm sangat la tak best...tapi aku dah jumpa doktor. Aku harap sangat aku akan kembali sihat seperti biasa... tak nak dah rasa sakit-sakit dada, sesak-sesak nafas, stress satu badan dan sewaktu dengannya... InsyaAllah, Allah berikan aku sakit, Allah juga yang akan menyembuhkan aku...amin



    Career ::
    Syukur Alhamdulilah... semuanya berjalan dengan lancar, walaupun banyak sangat dugaan yang aku hadapi untuk memastikan kerjaya yang aku impikan tercapai...amin...YA ALLAH, ENGKAU permudahkan segala urusan ku Ya ALLAH... hanya padamu tempat aku mengadu dan meminta pertolongan...amin



    Love ::
    Cakap soal cinta aku jadi resah sangat... mana taknya, Aku masih tercari-cari "Love Story" aku...tapi...ada yang melamar... (◕‿-)



    Family ::
    rindu Mak dan Abah aku... dorang baru je datang 7 disember yang lepas...aku rindu gila dengan dorang... Mak Abah aku sihat sejahtera...amin



    Job ::
    Job aku, aku jer...normal job... aku sampai office kadang jam 8:50, kadang tepat jam 9:00 kadang lewat 10 minit itu la aku...
    tapi balik tepat masanya jam 6:00..hehe...sebab aku kena hadapi long journey nak sampai ke rumah...kalau jem lagi la...sabar jela... office hour 9am to 6 pm...(9 jam tuuu...hutmmm)



    Financial ::
    kewangan yang tak perlu aku story kat sini...tapi ada sapa-sapa nak tolong aku?


    ~MissNaniey~

    Tulis Menulis

    Aku tak tahu nak tulis apa...tapi aku ada banyak perkara yang harus aku lakarkan...agar aku tahu, aku juga punya Diari Hidup aku...tapi aku tak banyak masa untuk itu semua...hurmmm...


    Dulu aku suka sangat menulis... sebabnya, kadang-kadang dengan menulis ini apabila kita menulis, kita akan dapat mengetahui dengan cara langsung @ tidak langsung tentang kelemahan diri kita, malah kelebihan kita juga. Dengan luahan yang aku tulis di diari buruk lama (yang berbentuk sebuah buku) aku tu, aku dapat perbaiki apa yang patut aku perbaiki lah kan...
    Tapi aku menulis pada kertas...diari lama, sekarang aku menaip pada electronic diari...agaknya sebab tu aku malas menulis menaip kot...huhu 




    Tapi semenjak aku bekerja dan bergelar "System Executive" aku seolah-olah hilang pedoman aku untuk menulis, keadaan diri aku yang terkadang aku rasa penat membuat aku malas untuk menulis, sehinggalah aku tak kenal siapa aku...
    Justeru itu, aku ingin kembali menulis, yup...tulis...tulis....tulis...dan tulis... JOm tulis....bila menulis...mesti ada yang membaca kan...


    ~MissNaniey~

    Wednesday, November 10, 2010

    Selamatkanlah Kami Semua Ya Allah....



    JOHOR BAHRU: “Jika semua orang sudah tidak sukakan kami lagi, minta ayah bagi RM500, kami akan pergi dari sini. Selepas ini, anggaplah ayah sudah tidak ada anak bernama Emelia lagi.” Begitu antara kandungan SMS dihantar seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai menjadi punca pergaduhan hingga mengakibatkan kematian bapanya. 

    PEKAN: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

    Salam U all, hari nie I’ll share a little story that is so serious… for those yang watch news semalam or yang already read the newspaper today mesti tau petikan di atas yang I share dgn u all nie kan… n pada sesiapa yang xtau, I nak story sikit la… semalam I watch news at TV3 Buletin Utama, 2 cerita yang agak sedih utk didengari… di Johor Bahru-->menantu tikam ayah mentuanya… di Pekan-->anak tetak kepala ibunya… masyaAllah…. knp ini terjadi hal sebegini  Ya Allah… seperti kita sudah kembali ke zaman jahiliyah.

    I terkedu sekejap... sebak rasa hati I bila dengar cite yang macam nie tjadi di Negara kita... Xtau mcmn nak ckap… knp mereka sanggup melakukan hal sedemikian pda insan yang telah melahirkan dan merawat kita sehingga kita berpeluang untuk hidup di muka bumi ini... Mana hilangnya rasa hormat dalam dri mereka terhadap kedua ibu bapa mereka...

    First, I nak mengulas mengenai crita kt Johor Bahru tu… dari petikan yang I Paste dari myMetro anak perempuan kepada pasangan suami Rohani Yacob, 45, dan  Armen Suardi, 53, yang bernama Emelia itu sendri… tidakkah dia merasa berdosa melakukan hal sedemikian kepada kedua orang tuanya… memang la kalau anak perempuan itu telah berkahwin, dia harus mengikut telunjuk suaminya… tp sekiranya suaminya itu sudah tak waras sehingga sanggup membunuh ayah… kalau I la…dh lame I minta cerai je dgn lelaki yang mcm tue…. sbb I penah dengar satu statement dari kawan i…husband dia penah cakap pd die…”isteri boleh cari, emak xboleh cari”…so y not la kn kite wanita nie ckp mcm tue jg “suami boleh cari, tapi ayah xboleh cari” hurmmm I heran la… nape dia boleh cover suami dia plak dgn menghantar statement bodoh mcm nie :: Emelia yang berusia 20 tahun itu masih sempat mengirimkan satu lagi SMS menafikan suaminya menikam bapanya, sebaliknya mendakwa arwah menikam diri sendiri. (http://www.hmetro.com.my/articles/Matiditikammenantu/Article) dah la masa tue emaknye Rohani tengah sedih dan lebih menyedihkan, ketika menunggu jenazah arwah suaminye dibedah siasat plak tue… ape punya anak la...

    Tapi bila di kaji blikkn… anak perempuan dier berusia 20 tahun…suami dia berusia 23 tahun… muda lagi tu… awalnya kahwin…hurmmm…awal ker? Tpulang pada individu….bagi I kahwin tu satu ibadah… untuk menunaikan ibadah kita harus bersiap sedia kerana ibadah ini berkaitan dengan hubungkait antara manusia dengan yang Maha MenCipta kita… sekiranya kita tak bersedia… atau belum mantap…. godaan syaitan akan menguasai kita… wallahualam…I pun masih dalam proses pembelajaran…

    Second is, cerita terlalu suka membaca buku mistik….  Ada kebaikan di situ…  kerna suspek suka membaca… bagus amalan tue, tapi bahan bacaan harus dipilih, sekiranya yang berkaitan dengan agama atau ilmu2 ghaib… seeloknya kita ada yang memandu…macam kita pancu kereta la, kena ada buku panduan untuk lulus periksa dan kena ada tenaga pengajar untuk kita pandai memandu kereta kan… sama la dalam apa jua ilmu skali pun… kalau tidak tak akn berlaku peristiwa seperti di pekan nie, sanggup menetak ibu kandungnya sendri, gara-gara kononya dia terpengaruh dgn bahan bacaannya… yang paling I tersangat la sedih bila ayahnya bgtau, dia adalah anak kesayangan ibunya…. astagfirullah….‘Chik jangan buat mak macam ni’  sayu bila membace ibunya merayu pada anak lelakinya untuk tidak melakukan hal itu…namun..Allah lebih sayangkan Ibunya… I yakin…dia akan menyesal seumur hidup…tapi nasi sudah menjadi bubur chik….saya berharap sangat ibunya sempat memaafkan anaknya….amin

    I masih ingat lagi ustaz I ad berpesan… menuntut ilmu oitu haruslah berguru, agar kamu tidak menuntut bersama2 syaitan…dan apabila syaitan menjadi tok guru mu…maka sukar bagimu untuk kembali, justeru berwaspadalah kamu dalam mencari ilmu…..sebab tue I kalau I nak bace buku soal agama…I cari buku yang x heavy untuk I faham…atau, yang I dh faham the waynye….kalau I bace buku yang agak heavy, I akan terus stop @ I akan cari mereka yang boleh I jadikan tempat rujukan….lebih selamat….InsyaAllah…

    Akhir kate, Saya ingin mengucapka Takziah kepada kedua-dua keluarga dari Johor Bahru dan Pekan ni, Semoga Arwahyarham Armen Suardi, 53 dan Arwahyarhamah Che Wa Isa, 57 dicucuri Rahmat dan berada di golongan hamba-hamba Allah yang beriman...amin... dan kepada semua readers, I wish u all di Rahmanti Allah juga agar kita sentiasa berada di landasan yang benar...amin... marilah kita berdoa agar kita sentiasa mendapat keRedhaan ALLAH SWT dan tergolongan dalam golongan pengikut Rasulullah Nabi Muhammad SAW... dan doakan l;ah kepada negara kita dan pemimpin kita selurus umat Islam didunia ini..kerena kita hidup berkongsi dan bersaudara...amin... amin Ya RabbilAlamin...Ya Allah.... bantulah kami Ya Allah....