MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Surat buat sahabatku

Di sini MissN@niey nak berkongsi warkah yang MissN@niey terbaca khas buat sahabatnya yang telah jatuh cinta kepada sahabatnya... MissN@niey tak tahu la yang menulis ini girl or boy? sulitkan sekiranya kita mempunyai sahabat yang berlain jantina ini tak pela... enjoy u all punya reading ok...
-------------------------------------------------------------------------------------
Bismilliahirahmannirahim...
Assalamualaikum awak...

     Ke hadapan sahabat yang dikasihi. Saya harap awak berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendakNYA... saya di sini baik alhamdulilah

     Awak, tujuan saya menulis surat ini adalah kerana saya ingin menerangkan keadaan yang sebenar tentang perhubungan kita. Jauh di sudut hati saya, saya menyayangi awak, namun bukanlah sebagai seorang kekasih, tetapi sahabat dunia akhirat saya. Iya awak, dulu kita memang rapat. Tapi tidak terniat di hati saya ini untuk menjadikan awak teman istimewa saya. Maaf sekiranya ucapan saya ini menyakiti awak... tetapi kerana perwatakan awak, membuat saya senang untuk berbual dan dibawa berbincang. Dan hal ini telah merapatkan kita. Awak selalu ada dengan saya tatkala saya sedih dan gembira. Tatkala saya benar-benar jatuh, dan saya bangun. Awak, saya tidak pernah lupa segala jasa dan budi awak terhadap saya...tidak pernah awak, saya selalu ingat,dan akan selalu ingat....

Awak,
     Saya melihat perubahan dalam diri awak terhadap saya, cara awak layan saya, cara awak bercakap dengan saya, seperti saya ini istimewa dalam hidup awak. Lalu saya cuba bertanya dengan diri saya dan saat itu saya berperang dengan hati saya, awak. Hati besar saya memujuk hati kecil saya untuk mencintai awak, namun hati kecil saya berkata tidak. Sehinggalah hati besar menguasai diri saya. Dan ketika itu awak merasakan saya telah memberi awak harapan. Tapi semua itu hanya lakonan semata-mata awak. Dalam hati kecil saya menangis kerana saya menipu diri saya sendiri dan saya berbohong pada awak. Apabila saya dengar dari mulut awak sayalah wanita yang awak cari selama ini, membuat saya rasa kurang senang, saya jadi kurang selesa dengan semua itu. saya telah bermain di gelanggang yang salah, dan saya mendiamkan diri. Awak, saya bukan jauhkan diri dari awak, tapi saya tidak mahu lihat awak sedih kerana saya... saya tidak mahu kecewakan awak, saya perlukan waktu untuk bertenang dan berfikir secara waras. Saya tidak mahu memutuskan pertalian yang kita hubungkan ini. Tetapi persahabatan ini juga tidak mungkin bagi saya kita teruskan. Kerna saya tahu siapa saya, awak. 

Maafkan saya,
     Kerana saya tidak bisa mencintai awak. Saya tidak boleh mencintai dari hati saya yang tulus. tidak awak... Maafkan saya. Saya tidak menolak awak, saya tidak mengataka bahawa mempunyai kekurangan, tetapi masalahnya sekarang adalah hati saya, saya tidak dapat mencintai awak sepenuh hati saya. bagaimana nanti saya boleh menghormati awak sekiranya perasaan itu tiada awak. jika hal itu terjadi, ia akan menjadi bertambah parah, awak tidak mungkin dapat cinta saya dan saya mungkin akan meninggalkan awak, sedangkan saya perlukan awak sebagai sahabat saya. Iya, mungkin ini agak bodoh, saya tidak tahu masa hadapan bagaimana bukan...mungkin satu hari Allah menarik rasa cinta saya terhadap awak... tapi sekiranya saya berkata saya akan terima sekiranya awak jodoh saya nanti, saya telah memberi awak harapan lagi. sedangkan saya mahu awak pergi dan cari cinta awak... kerna saya juga telah berjumpa dengan cinta saya, walaupu pada mulanya saya enggan, kini saya enggan pergi darinya awak...

Saya sentiasa doakan awak akan bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk di diri awak, yang menyayangi awak, yang mengasihi awak bukan sekadar di dunia malah sehingga akhirat...amin... terima kasih awak atas segalanya. 

awak, saya masih anggap awak sahabat saya... awak masih sahabat sayakan...? =)

sahabatmu,
Dunia Akhirat
-------------------------------------------------------------------------------------
hurm... apa pendapat u all? girl or boy yang menulis nie? pada pendapat MissN@niey..hurmmmm... MissN@niey pun tak tahu la... anyway, ini merupakan cara yang terbaik bagi merekakan... dia berterus terang, meminta maaf...bagus la cuma bagi pihak yang menerima itu dia mungkin akan terkilan, but atleast dia tahu perkara sebenar jadi tak la dia sakit sangat...anyway, kumbang bukannya seekor, bunga bukannya sekuntum kan...MissN@niey doakan yang terbaik buat kita semua...aminnnn

Monday, August 16, 2010

KAsih, CinTA, SeDih, KeCewa dan GembBira ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙




KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH melayang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. (-'_'-)
 
Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH sambil asyik memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam. CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar. Wajah KASIH tidak seceria selalu, bagai di rundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya. CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. Dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. SEDIH mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini CINTA akan pastikan dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH..". tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?" KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?". Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan? KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni.  KASIH minta maaf." KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula. Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan. Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain. Tolong ye." CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa-apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara. 

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA.." 

Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..? 
LOVE isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best... but its about who CAME & NEVER LEFT...! 
(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o 

nukilan eira aleya

Friday, August 13, 2010

Cerpen :: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

      
Aku nak share dengan korang cite cerpen nie...actually cerpen nie pernah aku upload kt blog ak yang lame...tp bla teringat sja aku upload blik dlm blog bru aku nie...selamat membaca...dan hayatilah wahai para suami dan istri...(✿◠‿◠)
     “Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? 
     Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
     Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
     “Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
     “Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
     Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
    “Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
     “Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
     Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”Qistina mengalih pandangannya.
    Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
    Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
    Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~


Tuesday, May 18, 2010

DIA ingin menjadi MATAHARI ku


AKU :: "Kenapa awak tak faham?"
DIA :: "Sebab, awak tak terangkan..."
AKU :: "eeee! sudah la...(-'_'-)"

Aku bertanya kepada Dia tentang Cinta dan Harapan. Aku berkata yang Aku ingin menjadi Bunga terindah di dunia dan Dia berkata ingin menjadi MATAHARI. Aku tidak mengerti kenapa Dia ingin menjadi MATAHARI, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.(⊙_◎)?

Aku berkata ingin menjadi Rembulan tetapi Dia tetap ingin menjadi MATAHARI. Aku semakin bingung kerana MATAHARi dan Bulan takkan boleh bertemu, tetapi Dia tetap ingin menjadi MATAHARI. Aku berkata ingin menjadi Burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas Matahari dan Dia berkata akan selalu menjadi MATAHARI.

Aku tersenyum pahit dan kecewa. aku sudah 3 kali menduga Dia, namun Dia tetap berkeras kepala, ingin menjadi MATAHARI tanpa mahu berubah bersama Aku. Justeru, Aku pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa MATAHARI juga yang menjadi pilihan Dia. Dia merenung sendiri dan menatap MATAHARI dan berkata ::

"Saat kamu (AKU) menjadi Bunga, aku (Dia) ingin menjadi MATAHARI agar Bunga dapat terus hidup. MATAHARI akan memberikan semua sinarannya kepada Bunga agar ia tumbuh, berkembang mekar dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau Matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga."
Ini disebut KASIH iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.
Saat kamu menjadi Bulan, Aku tetap akan menjadi MATAHARI agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya MATAHARI , tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, tika itu tiada siapa yang ingat akan MATAHARI ? MATAHARI  rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan tika malam menjelang, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.
Ini dinamakan PEGORBANAN, menyakitkan namun sangat layak untuk CINTA. 
"Dan saat kamu menjadi Burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas MATAHARI, aku tetap selalu menjadi MATAHARI agar burung tetap bebas terbang ke mana sahaja dan pada bila-bila masa pun yang kamu mahu dan aku sebagai MATAHARI tidak akan mencegahnya. MATAHARI rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun MATAHARI akan selalu menyimpan Cinta yang membara di dalam hatinya untuk burung. MATAHARI selalu ada untuk burung bila-bila masa pun. Bila burung mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk MATAHARI. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam MATAHARI dan mendapatkan cintanya... (✿ ♥‿♥)"
Ini disebut sebagai KESETIAAN, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan.
DIA tidak pernah menyesal menjadi MATAHARI untuk AKU yang Dia CINTAi....(◕‿◕✿)




Monday, May 17, 2010

Warkah Cinta Terakhir


Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari CINTA saya. Tapi, pertama kali saya bertemu dengan awak, hati saya terpaut. Demi Tuhan, saya tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji, saya bukan salah seekor rama-rama perhiasan di dinding kamar tidur awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak. dan di saat saya menCINTAi awak, saya telah jatuh ke dasar perasaaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang, seribu impian dan saya mula terfikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedar tika dan saat itu.

Bagai merpati putih CINTA saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila awak memiliki CINTA saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam. Di sana saya tak mampu melihat cahaya. Awak berikan saya harapan, dan akhirnya awawk jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam. Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya yang awak cari. Tapi jauh di sudut hati saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar jatuh CINTA pada seseorang.

Jadi, selama ini siapa saya di hati awak?
Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah mencintai saya?
Siaapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati saya?
Siapa yang mengajar saya bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Siapa awak, siapa?

AWAK!
Awak mungkin jenis Lelaki yang boleh mencintai ramai Perempuan berulang kali. Tapi saya pula hanyalah seorang Gadis yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 Jejaka, 1 Cinta dan 1 Perkahwinan.
Kita hidup sekali, mati sekali dan mencintai juga sekali.

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak...jangan awak...jangan beranggapan macam itu.
Bagaimana harus saya bencikan diri awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak. Seumur hidup ini saya menCINTAi awak...walaupun kadang-kadang saya dengan kawan-kawan...tapi jauh di sudut hati saya sering  mengingati awak.

Awak,
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu, yang tidak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya kepada saya, sedalam mana saya CINTAkan awak, inilah jawapan saya ::

"Kalau suatu hari, awak kehilangan penglihatan, saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat semula. Meskipun waktu itu, saya akan buta buat selamanya"


"Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup dan rasakan Cinta saya untuk selama-lamanya, meskipun waktu itu saya mungkin tiada lagi di dunia ini" (tapi awak tak pernah tau dan tak pernah tanya perkara itu pada saya)

Semuanya untuk awak, tapi satu sahaja yang tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak memiliki saya...

Pujjangga pernah berkata ::
"If you really LOVE someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place"

Awak,
Kerana saya menCINTAi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti awak akan memahani apa erti CINTA yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu menCINTAi seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk dihargainya.

Awak,
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah di sebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal. Saya juga tidak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang saya mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya mungkin itu yang terbaik buat awak dan saya....


Sunday, May 16, 2010

☆:*´¨`*:.Kisah Bulan, Bintang dan Matahari.:*´¨`*:.☆


Kenapa BULAN dan MATAHARI jarang sekali dapat bertemu...Sedangkan BULAN dan BINTANG sahabat sejati???

"Cahaya Bulan tidak pernah meramal, itu janji yang dipegang. Ia juga tidak pernah mengingatkan atau memberi awas-awas. Ia hanya menerima sinar Matahari yang kemudian dipantulkannya ke bumi :: kilau-kemilau" 
-Nur Rohayati Nengsih-

Suatu malam aku terdengar satu perbualan dari langit...Bintang berbicara pada Bulan...

Bintang :: "Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya"
Bulan :: "Kenapa?...Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kamu ada dan menemaniku hingga fajar menjelang"

Tetapi Bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega. Justeru kerana Bulan menyukainya maka Bintang menghilang. Aku mengetahui hal itu kerana sebuah Meteor yang merupakan teman karibnya mengatakannya padaku.
Cinta memang aneh, bukankah ia sebenarnya mempersatukan? Bintang mencintai Bulan. Tetapi Bulan tidak mencintainya, ia hanya 'menyukainya'. Siapa pula yang membeza-bezakan Cinta dan Suka? Kenapa Bulan tidak membencinya sahaja, malah Bulan menyukainya sehingga Bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti. Bintang yang sinarnya paling terang adalah Bintang yang berwarna Biru.

Terdapat satu iklan tong gas yang sering kulihat di television juga selalu membangga-banggakan produknya yang memiliki api biru, bukankah Bintang juga seperti api yang panas dan memberikan sinar?

Bintang yang sedang aku ceritakan hanyalah sebuah Bintang kecil yang berwarna merah. Kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada Bulan "Aku Mencintaimu!!!". Bulan sendiri tidak pernah menganggap Bintang sebagai kekasih dan hanya sebagai sahabat yang selalu menemaninya setiap permalam, dan sesungguhnya Bintang mengetahuinya.

Bulan :: "Aku mencintai Matahari...(◡‿◡✿) Ia dapat membuatku bersinar Indah diwaktu malam. Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam. Ia membuatku selalu dinantikan oleh para pujangga yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta dengan hanya melihat diriku di langit malam. Anak-anak kecil menunggu kehadiranku agar dapat bermain-main dilapangan di kawasan kampung...Justeru, aku amat mencintai Matahari ... (✿◠‿◠)"

Bintang tak pernah habis berfikir kenapa Bulan mencintai Matahari, sedangkan Bulan tak pernah bertemu dengan Matahari dan jika mereka bertemu pun Bulan akan kehilangan sinarnya. Kita selalu menyebut Gerhana Matahari, saat itu kita tidak diperbolehkan melihat secara langsung ke arah mereka, katanya dapat merosakkan mata kita. Matahari tidak pernah memikirkan Bulan, ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya tanpa membeza-bezakan. Bahkan ia tidak mengetahui kalau sinarnya dimanfaatkan oleh Bulan untuk bersinar di malam hari. Ia hanya menganggap Bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalanginya dari memberi sinar kepada Bumi. Mungkin Matahari mencintai Bumi, aku tidak tahu soal mereka, kerana aku tidak pernah bercakap-cakap dengan Matahari dan Bumi malah tidak pernah bercerita tentang ini...sejujurnya aku langsung tidak peduli.
Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan. Kenapa Bulan mencintai Matahari, sedangkan Matahari tidak pernah memikirkan tentang Bulan, dan tidak seperti Bintang yang mencintai Bulan dengan sepenuh hatinya. Bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada Bulan agar selalu bersinar, Bintang tak dapat melakukannya kerana jarak mereka yang sangat jauh.

Cinta memang aneh. kerana itu...sekali lagi Bintang berkata, kali ini kepada semua teman-temannya... ✩✪✫✬✭✮✯
Bintang :: "Aku tidak ingin lagi menemani Bulan mulai malam ini...(╥_╥) (╯_╰)"

Kemudian ia menghilang (tak hanya meredup dan bersembunyi di balik mega) dan tak pernah lagi menemani Bulan.

Aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, BINTANG ITU ADALAH AKU. aku turun ke Bumi sebagai Bintang yang jatuh dan juga dengan permintaan sepasang kekasih agar mereka berdua dapat hidup berbahagia hingga ke akhir hayatnya...aku kemudian jatuh kerumah aku dan menyusup ke dalam rahim ibuku dan menjadi AKU.

Dan aku tidak mahu lagi menemani Bulan...tapi kadang-kadang aku sangat meRINDUkannya (╥_╥)...
Dan aku akan menatap Bulan dan mendengarkan percakapan semesta, sambil berharap suatu hari Bulan akan dapat mencintai Bintang. Jika hari itu tiba, aku akan terbang ke langit kembali dan menjadi Bintang yang selalu akan menemani Bulan...

Friday, May 14, 2010

Tulang Rusuk Yang Patah

Dara :: "Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?"
Jejaka :: "Sudah pasti kamu! (◑‿◐)"
Dara :: "Pada pandangan kamu, aku ini siapa"

Jejaka diam seketika, berfikir...lalu menatap wajah Dara dengan tenang dan berkata 
Jejaka :: "Kamu adalah tulang rusukku! Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati." 

Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak...
Dara :: "Kamu tak cintakan aku lagi!"
Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas...
Jejaka :: "Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!"

Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia ucapkan. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

Dara :: "Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

Lima tahun berlalu...................................................
Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang ytahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tidak pernah diberi kesempatan umtuk kembali. Dara tak pernah menunggunya.

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

Jejaka :: "Kamu apa khabar?"
Dara :: " Baik-baik saja. Hmmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?" bertanya dengan spontan.
Jejaka :: "Belum" sepatah aje.
Dara :: "Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi"
Jejaka :: "Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu masih ingat nombor rumah kita, kan? Masih tidak berubah. dan tidak akan ada yang berubah..."

Dara memberi Jejaka senyuman yang  paling manis yang pernah dia berikan kepada Jejaka ketika Jejaka pernah melamar Dara ketika dulu...
Seminggu kemudian, Jejaka mendapat panggilan telefon yang disangkakan Dara menelefon, padahal itu dari sahabat Dara...
Sahabat :: "Jejaka, Dara mengalami kemalangan dan Dara telah meninggal di tempat kejadian"
Jejaka terdiam, titisan mutiara jernih menitis di wajahnya...

Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya...
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

Sunday, May 9, 2010

Satu Kisah Cinta



Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. “Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. “Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”. Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. 
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. “Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.” “Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.” “Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.” 
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.” “Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.” “Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.” “Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.” “Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. 
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. 
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Kisah Cinta ini telah dicoretkan oleh saudari Rozita.

Saturday, May 8, 2010

Time to Think...Fikirkan sejenak…

   Satu kisah yang amat berguna untuk dikongsi bersama semua ahli agar kita lebih memahami konsep Syurga dan Neraka. Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
   Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
   Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
   Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
   Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion (korang ade prasan mana2 pasaraya Billion kt tmpat korang...ade??? smpan jela erk...) telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.                                  Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, 

Ustaz :- "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan...peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga...kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."



   Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:


Gadis :- "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh




sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" 


   Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...





   Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:


Ustaz :- "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi  ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam...hidup senang lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"



   Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:


Ustaz :- "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi  orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh  dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?";tanya ustaz.







Gadis :- "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.





   Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"







   Gadis tu terdiam.



Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang , tapi Dia juga Maha Adil . Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiridan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum..."