But we spend our time looking for friends, mates, for our gang.
Looking for friends who we can relate to.
Looking for our soul mates.
Looking for 'US' to be 'US'...
Kita dilahirkan sebagai 'saya'...'aku'... Tapi kita menghabiskan masa mencari kawan, teman, geng. Mencari rakan-rakan yang boleh kita berhubung. Mencari sahabat sehati sejiwa. Mencari kami...menjadi kami...
Kalau mahu kenal saya dengan lebih jelas....baca la esei yang bertajuk "Siapa Saya"... Esei ini saya tulis ketika saya menghadiri temuduga Usahawan Perantis PUNB...dan alhamdulilah saya berjaya... dan saya merupakan perantis yang terpilih dari ribuan mereka yang menghadirkan diri :) tapi saya mengundur diri di pertengahan perjuangan... Namun, segalanya di tangan ALLAH SWT... kita sebagai manusia jangan berputus asa dan redha dengan keTentuaNYA... insyaALLAH...amin..
Siapa Saya
Percaya atau tidak, bagi menjawab persoalan “Siapa saya” merupakan tugasan yang mencabar dan sukar untuk saya. Namun, saya terfikir, jika saya tidak mencabar diri saya sendiri untuk mengenali siapa saya, mana mungkin saya bisa memperolehi jawapannya. Terlintas di benak fikiran saya, hanya satu sahaja cara untuk menjawab persoalan ini, dengan menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang atau kronolgi tentang diri saya. Jawapan yang jelas untuk pertanyaan ini tentulah, ya saya Nurul Hanani binti Abdul Halim yang berasal daripada Kedah. Namun, berdasarkan jawapan ini, adakah ia sudah memadai bagi pihak ketiga mengenali saya dengan lebih mendalam? Sepertinya, saya sendiri tidak mengenali siapa saya. Hal ini kerana, persoalan ini tidak dapat ditemui, dengan hanya pada sijil kelahiran ataupun kad pengenalan setiap individu itu, melainkan hanya di dalam hati individu itu sendiri.
Justeru, saya mengambil inisiatif untuk menjawab persoalan “Siapa Saya” ini. Pertama sekali, ingin saya menjelaskan tujuan sebenar saya dalam hidup ini. Pada pendapat saya, setiap dari kita mesti mempunyai sejarah masa lalu, dimana kita sekarang dan juga impian di masa hadapan. Begitu juga dengan saya. Saya pernah terbaca satu ayat “kita hari ini merupakan sejarah kita yang lepas”. Saya tertarik dengan ayat ini. Benar, tanpa sejarah kita yang lalu atau kronologi mengenai kita, kita tidak mungkin mengetahui siapa kita pada hari ini. Oleh hal yang demikian, kita diwajibkan untuk mengetahui sejarah kita yang lampau. Jikalau tidak, masa kan kita harus belajar subjek Sejarah ketika kita dibangku sekolah.
Terpulang pada individu itu, bagaimana mereka mentafsirkan kronologi mereka. Ada dikalangan kita yang mempunyai sejarah yang pahit dan ada juga yang mempunyai sejarah yang hebat. Ini mungkin mempunyai persamaan mengenai keturunan atau asal usul individu itu. Namun, saya percaya, kita sentiasa mahukan yang terbaik buat diri kita. Kerana, setiap individu itu tidak dilahirkan semula jadi untuk menjadi hebat. Analoginya, seorang usahawan tidak dilahirkan semula jadi. Maknanya anak seorang usahawan tidak semestinya menjadi usahawan juga. Sebaliknya usahawan bukanlah seorang yang boleh dicipta sekelip mata. Seorang usahawan boleh dibentuk, dimotivasikan dan ditanam minat untuk memulakan perniagaan. Sesungguhnya setiap individu mempunyai potensi tertentu yang boleh dikenal pasti, dicungkil, dan dikembangkan melalui program latihan hinggalah ia menjadi seorang usahawan. Justeru, saya mengkaji, siapa saya di masa lalu. Dan saya bertindak dengan menyoal diri saya sendiri “apa aku harus bertindak sekarang atau aku ingin berada di tahap yang sama?”.
Dimana saya sekarang? Dengan penelitian mengenai kronologi mengenai saya, kini, saya bertindak. Eleanor Roosevelt merupakan wanita pertama bagi warga Amerika Syarikat ketika suaminya Franklin D. Roosevelt menjadi presiden Amerika pada tahun 1993 sehingga 1945 pernah mengatakan “Yesterday is history, Tomorrow is mystery but Today is a gift, that is why it is called the ‘Present’ ”. Melangkah kita setapak kehadapan itu merupakan kemajuan dalam hidup kita. Dimana kita berdiri sekarang, harus kita mengenal pasti, apa masih sama dengan sejarah kita atau kita sudah melangkah?. Namun, saya pada hari ini, telah mendapat peluang untuk mengubah masa hadapan saya yang penuh dengan misteri. Mungkin tuah yang menanti atau mungkin sebaliknya. Apa pun risiko yang saya gambarkan, ia tidak pernah menggerunkan saya. Kerana saya selalu memotivasikan diri saya sendiri “Belum cuba, belum tahu madu atau hempedu, Nani”. Malah saya sering mendengar lagu “Fikirkan boleh” kerana lirik lagu ini sering membakar semangat saya untuk terus melangkah. “Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan, Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan”. Benar sekali, saya pernah terfikir, “ya, aku mampu melakukannya” dan kini, saya menghampiri kejayaan itu.
Imipan, mimpi atau angan-angan. Setiap dari kita, mesti pernah melakukan aktiviti ini. Saya sering melakukn aktiviti ini. Malah ketika zaman kanak-kanak juga saya sering melakarkan impian saya. Menurut Eleanor Roosevelt lagi ”DREAMS – The future belongs to those who believe, In the beauty of their Dreams”. Justeru, saya terus melakar dan mengukir secantik potret monalisa. Para sahabat Rasullulah berjihad menaiki unta dan kuda. Usahawan kontemporari berjihad menaiki kenderaan canggih dan selesa. Itu impian saya, dengan adanya impian, saya melakar matlamat hidup saya. Dimana saya selepas lima tahun yang akan datang? Siapa saya ketika itu? Demi menjawab persoalan ini, saya merancang tujuan perjalanan saya yang seterusnya dengan teliti. Kerana saya sentiasa berpegang “mereka yang gagal merancang, adalah mereka yang merancang untuk gagal”. Dengan adanya perancangan yang sempurna, setiap individu itu tidak akan pernah tersasar dari laluan hidupnya. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakanya. Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan yang paling sempurna, (Surah Al-Najm: ayat 39-41).
Saya mengkaji diri saya sendiri, kerana perkara yang paling mencabar adalah untuk mengenal diri sendiri. Saya mencari bakat dan kebolehan saya, kemudian saya mengimpikan untuk mengasah bakat itu setajam yang mungkin. Lalu, saya melangkah setapak ke hadapan. Dan saya nampak peluang yang menanti saya. Walaupun, saya sering merasa takut, gementar untuk terus maju ke depan. Tetapi, jika saya terjun ke dalam sungai yang dikhabarkan ada buaya, itu tandanya saya berani dengan syarat saya juga telah menyediakan peralatan untuk menghindarkan diri saya daripada dibaham sang buaya rangkak itu! Berani yang beginilah yang saya perlukan untuk menjadi seorang usahawan. Analoginya, Jika saya mahu menjadi seorang usahawan yang cemerlang, saya harus tampil lebih berani.
5 tahun yang akan datang saya pasti mempunyai empayar saya sendiri! Itu target saya sekarang,. Kerana dengan kejayaan saya ketika itu saya boleh menggapai segala impian saya dan impian mereka yang berada disekeliling saya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan, malah telah berkorban segalanya kepada saya untuk terus maju. Kejayaan setiap individu itu haruslah dikongsi bersama. Seorang usahawan yang terbilang dihormati oleh orang ramai walau di mana jua dia berada meskipun di warung kopi. Saya ingin, menjadi seorang usahawan yang hebat dari segi dalaman dan luaran.
Nurul Hanani Binti Abdul Halim
hananiey@gmail.com