MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

Sabar Itu Indah


Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir.

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu Indah
Didikan terus daripada ALLAH.

Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak....
penghias samudera!!!

Pahrol Muhammad Juoi

Thursday, April 14, 2011

Fobia Bercinta

Seseorang yang mempunyai kenangan pahit dalam bercinta mungkin berasa serik untuk bercinta mungkin berasa serik untuk bercinta dan fobia untuk bercinta lagi. kekecewaa yang pernah menimpa diri menjadi parut psikologi yang sukar sembuh.
Hakikatnya, cinta manusia memang cinta sementara yang sering mengecewakan. Cinta Allah jua adalah cinta hakiki yang tidak mengecewakan. Namun sebagai manusia, kita dituntut untuk berkasih sayang sesama manusia. Malah perkahwinan yang menjalinkan dua hati menjadi sunah utusan Allah. 
oleh sebab itu, perasaan hati kita tidak sepatutnya dibiarkan menguasai diri. Setiap kejadian yang pernah menimpa diri, jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk lebih mematangkan diri kita ketika berhadapan dengan yang pasti lebih mencabar.
Anggaplah setiap pengalaman pahit yang kita alami sebagai salah satu cara Allah mendidik kita untuk menjadi lebih gigih dan berjaya

Tuesday, April 12, 2011

Melayu ~karya Usman Awang~


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Sunday, April 10, 2011

Munajat Cinta

Malam ini ku sendiri...tak ada yang menemani,
seperti malam-malam...yang sudah-sudah,

Hati ini selalu sepi...tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini...yang selalu pupus,


TUHAN kirimkanlah aku...kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku...apa adanya,


Mawar ini semakin layu...tak ada yang memiliki,
seperti aku ini...semakin pupus,
 MissN@niey


Saturday, April 9, 2011

Online Dunia Vs Online Akhirat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua... Apa khabar? MissN@niey harap u all semua sihat sejahtera hendaknya... dah lama MissN@niey tidak menuliskan, MissN@niey perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri...mencari diri, menjadi diri, untuk diri... Sebenarnya, MissN@niey nak berkongsi pendapat berkenaan tajuk yang menarik minat MissN@niey iaitu Online Dunia vs Online Akhirat...
Tajuk ini telah membuat  MissN@niey untuk berkongsi rasa bersama sahabat-sahabat internet MissN@niey...
U all nak tahu, apa itu Online Dunia? Apabila u all baca mengenai Online Dunia ini apa yang u all terfikir dalam kotak pemikiran u all? hurmm apa pun yang terlintas di dalam fikiran u all ingin MissN@niey nyatakan pendapat MissN@niey tentang Online Dunia ini... U all mesti ada facebook bukan? seperti MissN@niey la, ada Blog, ada Facebook, ada Twitter, ada Frienster (dah lama x on) dan email-email seperti Gmail, Yahoo dan Hotmail.. macam-macam lagi la. Tapi itu semua hiburan di dunia bukan? Yang membolehkan kita mencari teman-teman lama, kawan-kawan seperjuangan dan rakan-rakan baru.  
Tapikan u all sedar tak, semua ini kita memerlukan satu benda @ hardware seperti sebuah Komputer yang lengkap, @ laptop @ notebook... itu baru sebahagian, ada satu lagi bahagian lain iaitu yang membolehkan kita online apa tue...sudah tentulah Broadband, Wirefire @ WireLess, Streamy dan sebagainya. Dan jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Mahal kan. Ada yang cakap, takpe berbaloi, unlimited. Di mana saja masih boleh online..yeke? limited kot...ada juga yang limited kan...kalau unlimited, kat kampung ceruk tok kun boleh online tak? unless kalau syarikat telekomunikasi spend berjuta-juta ringgit untuk membina pencawang di kawasan berkenaan... wallahualam
Tapi MissN@niey nak kongsi satu perkara online yang murah free la sebenarnya, unlimited, 24 jam, 360 hari dan tiada tamat tempoh pun... nak tau ape tue, tentunya Online Akhirat. Apa itu online Akhirat ? Online internet juga ker? yang mencari ilmu @ pengetahuan mengenai akhirat atau agama? tak la...Online Akhirat ialah Online bersama ALLAH... :-) online yang unlimited...free tanpa dikenakan bayaran atau cas bulanan.... hebat tak?

Rasanya ramai  di kalangan kita yang tidak sedar perkara ini, termasuk lah MissN@niey sendiri. Bila MissN@niey hadapi masalah, MissN@niey akan turn on notebook ni. Apa lagi online la, surfing internet. post di wall facebook MissN@niey atau di Twitter atau MissN@niey akan blogging. Namun MissN@niey tetap rasa kurang senang, jiwa tetap kurang tenang. Ia membuatkan MissN@niey nani berfikir, kenapa ya?

Dulu, pernah ada orang nasihatkan MissN@niey. kalau MissN@niey ada masalah mengadulah pada ALLAH, kerna DIA sentiasa ada untuk MissN@niey insyaAllah. Lalu MissN@niey berdebat kerna ketika itu MissN@niey memang memerlukan insan untuk mendengar dan menjadi pendengar yang peka. MissN@niey tak minta di nasihati pun, hanya menjadi peneman untuk MissN@niey. Tapi MissN@niey akan berasa lega tatkala melihat respon dari riak wajah mereka yang mendengar, MissN@niey akan berasa puas ketika mendengar suara yang menasihatkan "sabar ya, insyaAllah semuanya ada hikmah."

Tapi MissN@niey leka, alpa dan cuai, ujian ini dari mana? kenapa? mengapa? di soal juga pada diri MissN@niey, tetapi jawapan yang MissN@niey coretkan hanyalah negatif tidak positif. Samalah dengan online...Bukankah ketika kita bermasalah dan tidak berpuas hati kita akan Facebooking. Secara logiknya tidak menjadi satu permasalahan sekiranya kita surfing internet. tapi biarlah kena pada waktunya dan caranya bukan? Natijahnya, ramai penasihat yang tidak bertauliah akan datang offerkan diri untuk memberi perkhidmatan kaunseling. Bagus kerna mereka ini mengambil berat, namun biarlah tahu batas sempadan mereka dengan si permasalah.

Berbalik kepada soal Online Akhirat, iya, MissN@niey menjadi terpanggil berkongsi rasa mengenai topik ini. kerna untuk mencari ketenangan kita sebagai manusia harus berbalik kepada spiritual. Online bersama ALLAH itu lebih tenang jiwanya. Bila-bila, kita nak online dengan ALLAH pun boleh, tengah malam @ dini hari, pagi, petang, malam...bila-bila ALLAH sentiasa ada untuk kita...kita akan dapat merasakan diri kita disayangi, dikasihi dan dijaga dengan begitu sempurna. Percaya atau tidak cuba lah...

Kepada mereka yang telah mencuba syabas MissN@niey ucapkan kerna anda berada di landasan yang betul. Dan kepada mereka yang belum mencuba, cuba lah... anda tidak akan menyesal dan anda tidak akan mencari yang lain.... malah, bila anda mencuba online bersama Allah...anda akan lupakan yang lain gunalah talian Allah. Dah tak mahu yang lain...(dah macam iklan pula MissN@niey nie..hehe)

Selamat mencuba...buat anda dan MissN@niey juga...aminnn..Ya Rabb...

Renung-renungkan, selamat mencuba... Anda buat anda dapat.. :-)