KASIH  duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus  ke buku. Fikiran KASIH melayang ke tempat lain. Buntu memikirkan  masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari  masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. (-'_'-)
Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH sambil asyik  memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan  menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi  CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah  KASIH menyayangi KASIH dalam diam. CINTA lantas sedar KASIH seakan  menghadapi masalah besar. Wajah KASIH tidak seceria selalu, bagai di rundung  duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.
KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat  KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang  selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya. CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA  memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau  tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan  KECEWA. Dibiarkan KECEWA berlalu sepi.
Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri  KASIH. SEDIH mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori  mereka. Hari ini CINTA akan pastikan dan benar-benar yakin apa yang akan  dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka."KASIH..KASIH..KASIH..". tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit  nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?" KASIH mengangguk..
"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?". Waaaaaaah..lembutnya suara  KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan  KASIH.
"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"
"Apa? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan? KASIH  minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti  datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi  KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni.  KASIH minta maaf." KASIH  ingin berlalu pergi.
"KASIH..KASIH..tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula. Beri  CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti akan  melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA  peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada  KASIH. Tolonglah KASIH."
"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah  fikirkan. Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain. Tolong  ye." CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.
 KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA  mengapa-apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak  mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara. 
"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk  CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun  KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak  mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila  SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA.." 
Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam  jiwanya. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan  muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?                      
LOVE isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best... but its about who CAME & NEVER LEFT...! 







1 comment:
mau pnjm quote kami ini yunk!..bleh ek??heee
Post a Comment