MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 16, 2010

Sentuhan Qalbu



   "KELEKAAN kita mengejar hal duniawi menyebabkan ada kalanya lalai untuk mengimbangi antara ilmu dunia dan akhirat. Lebih menyedihkan kini, pelbagai masalah sosial berlaku dengan berleluasanya. 
   Gejala sosial ini amat membimbangkan banyak pihak termasuklah stesen yang prihatin di dalam perkara ini, TV9. Lantas program Halaqah dengan musim baru bertemakan Sentuhan Qalbu dilancarkan bagi mendidik jiwa sekali gus menyentuh mengenai kehidupan kita di muka bumi ciptaan yang Maha Esa.
   Antara persoalan yang akan dibincangkan adalah mengapa kita dicipta, apa peranan kita di pentas dunia ini, hala tuju kehidupan dan seterusnya adakah kita sudah bersedia untuk kembali ‘dijemput pulang’?
    Program Halaqah Sentuhan Qalbu yang bakal disiarkan setiap Selasa, jam 10 malam bermula  kemarin 15 Jun ini mampu menusuk kalbu penonton dan dapat dirasai 13 episod yang akan mengupaskan mengenai pelbagai topik.
   Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata program yang menyentuh mengenai kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian dilancarkan agar kita sama-sama sentiasa bersyukur dengan pemberian Maha Pencipta dan akhirnya mampu merubah kehidupan seseorang kepada nilai lebih positif.
   “Topik Halaqah Sentuhan Qalbu dimulakan dengan topik ‘Dicipta’ dan diakhiri dengan ‘Kita Pulang’ pastinya memberi kesan yang mendalam kepada penonton semua.
   “Tokoh agama dan pendakwah berpengalaman dipilih sebagai ahli panel dan mengupas 13 topik menarik bersama jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual berpengalaman daripada ESQ Leadership Centre (jurulatih) terpilih. Rancangan ini akan dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Noor Sulaiman. 
   "Bagi episod pertama kita akan menampilkan ahli panel berpengalaman dan juga Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu Datuk Nooh Gadot serta jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual iaitu Andi Mohamad Fajar.
   “Sementara episod kedua yang mengupas topik ‘Pohon Hidup’ pula akan dikupas oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bersama seorang lagi jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual iaitu saudara Aminul Rachman Pulungan,” katanya yang berharap program ini mampu memberi manfaat kepada penonton.
   Menurut Ahmad Noor yang juga selaku penerbit program ini berkata, konsep yang dibawa menerusi Halqah Sentuhan Qalbu ini memberi pengalaman berbeza daripada program sebelum ini.
   “Kali ini ia diadakan dengan konsep berbeza dan agak berlainan daripada rancangan lain di mana penyampaian bagi setiap episod adalah menggunakan multimedia yang menggabungkan animasi, klip video, kesan suara (audio) dan bunyi serta muzik syahdu melalui medium layar berukuran 4 x 6 meter. 
   “Rakaman yang diadakan di studio 1, ntv7 di Glenmarie Shah Alam ini juga membabitkan hampir 100 tetamu dan mereka juga akan turut membabitkan diri dalam sesi soal jawab bersama ahli panel. 
   Topik lain di dalam 13 episod program Halaqah Sentuhan Qalbu seperti Dicipta, Pohon Hidup, Ikon, Kontrak Hidup, Dairi Nabi Ibrahim a.s, Macam Mainan, Saham Ibubapa, Namaku Remaja, Ayah & Ibu, 5 Minit Aje, Akhir Hayat, Mengurus Dunia dan Ketika Pulang,” katanya."

Sumber dari Online Berita Harian


Sama2 la kita menyokong Halaqah Sentuhan Qalbu ini...moga-moga dapat memberi kita kesedaran dan bermuhasabah diri... memang best racangan nie...smlm ak menangis ketika menonton...tp aku bersyukur Allah sentiasa menyayangi aku... =) Alhamdulilah Ya Allah...Syukran Jazilan...

2 comments:

(✿◠‿◠) said...

moga Allah sentiasa memberi Rahmat kepada majlis sebegini...amin =))

senna said...

ameen..this program will remind me of u..hope u're always happy and cheerful.. (^.^)