MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 15, 2010

Kesal



Sayang ku Hanani, 

Tanggal 15 Jun 2010 bersamaan hari Selasa, merupakan tarikh yang begitu mengejutkan aku...aku tersedar dari lamunan kehidupan aku...kejadian itu telah menyedarkan aku...bahawa aku masih wujud di dunia ini...aku menangis kerana ku sangkakan diri ini tidak penting. kehidupan yang Allah pinjamkan pada aku, telah aku persiakan. aku menjadi terpukul apabila tersedar bahawa aku harus lakonkan watak ini sebaik mungkin. aku harus bersyukur kerana watak yang diberikan Allah SWT pada aku sempurna. namun aku alpa, lupa, cuai, dan sering berasa tidak senang dengan watak yang ditetapkan... muhasabah diri, terpanggil aku untuk mendekatkan diri dengan muhasabah diri. 
Kenapa aku terlalu cuai dengan diriku sendiri... kenapa aku tidak mengasihi diriku sendiri... aku teringin untuk menyayangi diriku...namun aku memerlukan kasih sayang orang lain...Bodoh itu yang ku fikirkan... bodohnya aku kerana ingin kasih sayang orang lain, padahal aku boleh menyayangi diriku sepenuh hati...bukankah rasa kasih dan sayang pada diri sendiri lebih bermakna???...sekali lagi aku merasakan diriku jahil...

Aku boleh menasihati orang lain berjaya, sayang diri, bersyukur dan sebagainya...tetapi, aku biarkan diriku terkontang-kanting mencari dan menunggu kasih dan sayang dari aku kepadanya. aku kesal sungguh aku kesal....apa yang harus aku lakukan...aku ingin memohon maaf pada diriku sendiri....kerana aku sering menyakiti diriku sendiri...maafkan aku wahai sayang....aku amat menyayangi dirimu 'AKU' sayang...

“Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.”

3 comments:

(✿◠‿◠) said...

Sayangilah diri anda, sebelum anda menyesal

senna said...

i always be..to love myself..hahhahha..love me..love me not..love me..love me not..hahahhahaha...

ungas2 malam said...

2 lah pekara yg ramai org tak sedar...pekara 2 ler pekara yg boleh mengembirakan ht kita n seluruh makluk allah ada d sekeliling kita...mnyayangi diri sendiri dahulu...baru kita akan dapat kasih dan sayang dari org yg betol2 syg kan kita d masa hadapan...ni sy menasihati diri sy..n smue yg membaca blog hanani halim ni...`SAYANGI LAH DIRI ANDA DAHULU..SEBELUM ANDA MENERIMA KASIH DAN SAYANG DARI ORG YG BTOL2 SYG KAN DIRI ANDA AKAN DATANG..'