MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 19, 2011

Di Atas Satu Cinta



Jejak-jejak langkahku bagaiku lembaran waktu,
apakah ku masih bisa terus melangkah,
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta.






 SubhanAllah aku mencintainya,
SubhanAllah aku menyayanginya,
dari ufuk timur hingga ke barat,
selalu di hatiku.









~MissN@niey~
Cinta dalam hati

Surat buat sahabatku

Di sini MissN@niey nak berkongsi warkah yang MissN@niey terbaca khas buat sahabatnya yang telah jatuh cinta kepada sahabatnya... MissN@niey tak tahu la yang menulis ini girl or boy? sulitkan sekiranya kita mempunyai sahabat yang berlain jantina ini tak pela... enjoy u all punya reading ok...
-------------------------------------------------------------------------------------
Bismilliahirahmannirahim...
Assalamualaikum awak...

     Ke hadapan sahabat yang dikasihi. Saya harap awak berada di dalam keadaan yang baik dan sihat hendakNYA... saya di sini baik alhamdulilah

     Awak, tujuan saya menulis surat ini adalah kerana saya ingin menerangkan keadaan yang sebenar tentang perhubungan kita. Jauh di sudut hati saya, saya menyayangi awak, namun bukanlah sebagai seorang kekasih, tetapi sahabat dunia akhirat saya. Iya awak, dulu kita memang rapat. Tapi tidak terniat di hati saya ini untuk menjadikan awak teman istimewa saya. Maaf sekiranya ucapan saya ini menyakiti awak... tetapi kerana perwatakan awak, membuat saya senang untuk berbual dan dibawa berbincang. Dan hal ini telah merapatkan kita. Awak selalu ada dengan saya tatkala saya sedih dan gembira. Tatkala saya benar-benar jatuh, dan saya bangun. Awak, saya tidak pernah lupa segala jasa dan budi awak terhadap saya...tidak pernah awak, saya selalu ingat,dan akan selalu ingat....

Awak,
     Saya melihat perubahan dalam diri awak terhadap saya, cara awak layan saya, cara awak bercakap dengan saya, seperti saya ini istimewa dalam hidup awak. Lalu saya cuba bertanya dengan diri saya dan saat itu saya berperang dengan hati saya, awak. Hati besar saya memujuk hati kecil saya untuk mencintai awak, namun hati kecil saya berkata tidak. Sehinggalah hati besar menguasai diri saya. Dan ketika itu awak merasakan saya telah memberi awak harapan. Tapi semua itu hanya lakonan semata-mata awak. Dalam hati kecil saya menangis kerana saya menipu diri saya sendiri dan saya berbohong pada awak. Apabila saya dengar dari mulut awak sayalah wanita yang awak cari selama ini, membuat saya rasa kurang senang, saya jadi kurang selesa dengan semua itu. saya telah bermain di gelanggang yang salah, dan saya mendiamkan diri. Awak, saya bukan jauhkan diri dari awak, tapi saya tidak mahu lihat awak sedih kerana saya... saya tidak mahu kecewakan awak, saya perlukan waktu untuk bertenang dan berfikir secara waras. Saya tidak mahu memutuskan pertalian yang kita hubungkan ini. Tetapi persahabatan ini juga tidak mungkin bagi saya kita teruskan. Kerna saya tahu siapa saya, awak. 

Maafkan saya,
     Kerana saya tidak bisa mencintai awak. Saya tidak boleh mencintai dari hati saya yang tulus. tidak awak... Maafkan saya. Saya tidak menolak awak, saya tidak mengataka bahawa mempunyai kekurangan, tetapi masalahnya sekarang adalah hati saya, saya tidak dapat mencintai awak sepenuh hati saya. bagaimana nanti saya boleh menghormati awak sekiranya perasaan itu tiada awak. jika hal itu terjadi, ia akan menjadi bertambah parah, awak tidak mungkin dapat cinta saya dan saya mungkin akan meninggalkan awak, sedangkan saya perlukan awak sebagai sahabat saya. Iya, mungkin ini agak bodoh, saya tidak tahu masa hadapan bagaimana bukan...mungkin satu hari Allah menarik rasa cinta saya terhadap awak... tapi sekiranya saya berkata saya akan terima sekiranya awak jodoh saya nanti, saya telah memberi awak harapan lagi. sedangkan saya mahu awak pergi dan cari cinta awak... kerna saya juga telah berjumpa dengan cinta saya, walaupu pada mulanya saya enggan, kini saya enggan pergi darinya awak...

Saya sentiasa doakan awak akan bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk di diri awak, yang menyayangi awak, yang mengasihi awak bukan sekadar di dunia malah sehingga akhirat...amin... terima kasih awak atas segalanya. 

awak, saya masih anggap awak sahabat saya... awak masih sahabat sayakan...? =)

sahabatmu,
Dunia Akhirat
-------------------------------------------------------------------------------------
hurm... apa pendapat u all? girl or boy yang menulis nie? pada pendapat MissN@niey..hurmmmm... MissN@niey pun tak tahu la... anyway, ini merupakan cara yang terbaik bagi merekakan... dia berterus terang, meminta maaf...bagus la cuma bagi pihak yang menerima itu dia mungkin akan terkilan, but atleast dia tahu perkara sebenar jadi tak la dia sakit sangat...anyway, kumbang bukannya seekor, bunga bukannya sekuntum kan...MissN@niey doakan yang terbaik buat kita semua...aminnnn

Wednesday, December 29, 2010

Ngedate with Fathiah Faudzi (26 December 2010)


Last 3 days
Yesterday I'm dating with her at Starbucks The Strand at Kota Damansara... Long time not see her... yesterday saw her again (✿◠‿◠) [tulis dah 3 hari lepas, sepatutnya dah di post, buat kerja lain, post lambat sikit =) ]
"Kami" (Nani + Fatea) merupakan gadis berKerjaya yang sangatla comel (tak boleh blah...but true what?) 
Justeru apabila kami sudah berKerjaya, masing-masing agak busy, tak de masa nak spend together...Dah lame kami tak kuar berborak macam nie. Actually, what I like About her is Table Talk, we called it as TT... macam-macam la borak...antaranya :: 
  • Our Career
  • Our Family 
  • Our Love (ha...about person in our heart ok ) 
  •  Our Friends... 
  • and more thing...
Itu perkara yang paling penting yang "Kami" akan lakukan bersama... Sebenarnya aktiviti ini bagus dan juga merupa terapi yang baik untuk kita sebagai manusia... kerana kita memerlukan seseorang untuk kita meluahkan rasa, betul? Tapi, we need to find someOne yang boleh menjadi seorang pendengar yang peka..hanya mendengar, sudah memadai...tak perlu memberi pandapat untuk menyelesaikan masalah sekiranya perkara yang di bincangkan merupakan satu permasalahan... itu yang "Kami"lakukan setiap kali "Kami" bertemu... 

Ini Lah "Kami"
I eat Donate and Fatea eat  Muffin

Picture mula-mula nak close...but now we are bestfriend...


~MissN@niey~



    Tuesday, December 28, 2010

    Malaysia vs Indonesia (PenDamaian)



    Puas aku mencuba menepis semua dugaan
    Malah ada yang anggap aku lupa daratan
    Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
    Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

    Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
    Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
    Terkadang harus terima suratan drnya
    Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnyahttp://www.free-lyrics.org


    ( korus )
    Telah... kufikir sedalamnya
    Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
    Jujur dalam perbuatan
    Dan... jatuh airmataku
    Mendengar pengakuan ikhlasmu
    Sanggup bersaudarakan dia walau hakikatnya
    Hatimu terluka...

    Moga suatu hari sembuhlah luka
    Dan kembali ceria walau hati aku ini
    Milik engkau dan dia ( 2X )

    Korang semua ingat dan tahu lirik lagu ini? Tentu korang tau kan? Dan apa kaitan lagu ni dengan Malaysia dan Indonesia? Nak tahu cite baca sampai habis, tamat... (^_^)
    Pagi tadi on the way ke office kat  Cyberjaya, aku dengar  radio HOT.FM yang mencerita mengenai pendamaian. Focus tajuk Hot.FM hari ini berkenaan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF yang melibatkan 2 negara yang tidak jauh bezanya, iaitu Malaysia dan Indonesia. 
    Ya la kan, kita telah banyak mendengar kontrovesi antara 2 buah negara nie kan, macam-macam yang kita dengar, baik dari segi politik, ekonomi dan yang paling buruk ialah sosial...

    Pihak Indonesia berpendapat bahawa kita ini seperti Maling (Pencuri), yang telah mencuri budaya dan adat resam mereka. 
    Mengapa mereka harus meLabelkan kita sebegitu rupa? 
    Pernah kita terfikir sama ada kita ini Rakyat Malaysia atau Rakyat Indonesia, bagaimana rakyat Malaysia bisa mencuri semua budaya itu? 
    Bagaimana? hurmmm.....

    Dari pihak Malaysia pulak, kita sering memandang rendah kepada masyarakat Indonesia yang datang ke Malaysia secara haram @ di kenali sebagai PATI (Pendatang Tanpa Izin).
    Namun apa kita pernah mengkaji, Mengapa dan Kenapa mereka menjelajah atau berhijrah ke Malaysia? Pernah kita bertanya kepada diri kita masing-masing?

    Tentu jawapannya tidak bukan? Atau kalau ada sekali pun... sekejap jer...

    Untuk pihak Indonesia yang beranggapan Malaysia merupakan maling itu salah sama sekali.
    Apa yang terjadi pada masa sekarang adalah sejarah kita pada masa lalu... 
    Malaysia bukanlah maling
    Namun permindahan budaya @ adat telah berlaku pada zaman dahulu. 
    Seperti permindahan Agama Islam...kalau tiada yang membawa agama Islam ke Asia..apa mungkin kita sekarang menganut agama Islam? 
    Itu konsep dunia...kalau tidak ada konsep dunia ini...tiadalah Tamadun sekarang....
    Adat manusia berhijrah dan membawa ilmu yang telah di bekalkan didalam dada ke satu tempat yang lama ke satu tempat yang baru... bukan begitu? 
    Rasa ingin tahu yang telah diberikan oleh Maha Mencipta kepada setiap hamba ciptaanNYA...telah membuat kita rasa untuk beralih ke suasana baru...kita perlu memahami konsep manusia itu sendiri...barulah kita akan rasa hidup ini mestilah berkongsi....
    Allah tidak mencipta dunia ini untuk satu-satu kaum, bangsa, atau keturunan sahaja...tapi kepada mereka yang bergelar manusia...malu sekiranya kita tidak mengerti konsep keHIdupan itu sendiri... kenapa perlu ada rasa iri hati, dengki, dan sentiasa mahu bermusuhan?... kerana mungkin kita tidak ada rasa syukur dalam diri kita.... 
    Justeru., kita perlu kita menuding jari menuduh itu ini....mereka yang bersalah...mereka yang tidak betul...mereka itu pembohong..ingat konsep ciptaan jari kepada manusia...satu jari kita menuding kepada seseorang itu...empat jari lagi akan menuding ke arah kita... bukankah sama kita memalukan diri sendiri? renungkanlah... berfikirlah seketika....

    Dan Untuk pihak Malaysia, kenapa kita harus cepat melatah? 
    kenapa harus ada perasaan memandang rendah terhadap orang lain? 
    apa kita sudah cukup berada di atas? tak perlu mengikut jejak orang lain....
    kita serumpun dengan mereka...tiada berpebezaan...diCipta dari Maha PenCipta yang sama... berpegang kepada agama yang sama... kita tidak perlu beremosi sebegitu...kita harus yakin dengan apa yang telah ditetapkan Allah kepada kita...jangan sesekali kita memandang rendah kepada mereka yang datang untuk mencari rezeki yang halal....yang kita terlalu sibuk  mencari kelemahan orang lain...itu bukan sikap orang Malaysia....
    Bersyukurlah... Malaysia betul-betul berada di garisan khatulistiwa...kurang bencana alam...
    pernahkah kita terfikir itu? mereka sering berhadapan dengan risiko yang membahayakan....namun kita hidup bersenangan...sampai ada satu perpatah yang tercipta "Orang Malaysia mati sebab makan yang banyak dan malas" malu saya....tak mau dengar yang sebegitu lagi...bangun... buka mata...dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih...persaingan yang tidak sihat harus ditinggalkan... 
    cari persaingan yang sihat....yang positif..hidup kita akn lebih aman dan tenang InsyaAllah...

    Bola--> adat permainan derrrrr...memang la ada yang kalah ada yang akan menang.... saya bangga jadi rakyat Malaysia...begitu juga dengan korang semua dan anda pasti juga berbangga menjadi rakyat Indonesia...
    Patriotik itu bagus...namun pasti yang sihat...yang kurang sihat harus ke klinik...agar sihat... tak salah kita menyokong pasukan kita masing-masing...namun  jangan kita memuja...apabila konsep meMUJA itu wujud dalam diri kita SALAH....terus pangkah besar macam nie
    Memang kita harus memberi sokongan kepada pemain kita...negara kita tue bebbb...dimana bumi dipijak...disitu langit dijunjung...ingat...Bumi nie bukan milik kita...Milik DIA yang Maha ESa... sokong lah pasukan masing-masing... beri sokongan yangsihat...jangan emo-emo....tak baik untuk KeSEHATAN.... habis perlawanan..habis sokongan...jangan terlalu bangga setelah menang...syukur ucap terima kasih kerana diberi rezeki untuk menang...

    Berbalik kepada lagu Ukays tadi Pahit dan manis akhirnya berkenaan dengan topik penDamaian di Hot.FM itu tadi...yang menelefon semuanya mengenai pendamaian rumah tangga... aku sempat dengar seorang wanita ini. Dia baru kahwin 5 bulan... biasa la kan ada masalah rumah tangga... baru 5 bulan kot... sampai peringkat baru mengenali hati budi la tue (pandai je aku, macam la aku dh kahwin... berdasarkan pengalaman orang lain)... si Isteri mahukan penDamaian, namun si suami sudah tidak tahan...mahukan perPisahan... wanita itu hampir menangis ketika menceritakan kerana dia belum bersedia untuk mendengar dari mulut suaminya sendiri di Mahkamah nanti melafazkan cerai... 
    Agaknya apa punca si suami tidak mahu berDamai kembali ye? sedih aku mendengar crita tue...sampai hati suaminya ingin melihat isterinya bergelar janda selepas 5 bulan...Ya Allah, aku mendoakan mereka berDamai kembali di waktu yang singkat sekali pun...amin...amin..ya rabbalalamin..moga wanita itu tabah menghadapi dugaan hidupnya...

     Dan cerita yang kedua juga mengenai suami isteri juga.. ha, yang nie baru ade kaitan dengan lagu kat atas tue..
    seorang isteri merelakan dirinya dimadukan.... dia merestukan suaminya untuk berkahwin seorang lagi...usia rumah tangga, tidak dikenal pasti, namun dari penelitian aku, mereka masih muda...
    isterinya berbicara sebegini ::
     "Farah, bukan payung emas yang saya cari, namun saya tidak sanggup melihat suami saya menipu...dan saya tidak sanggup mencuri tahu apa yang mereka buat dibelakang saya... lagipun wanita itu meminta restu dengan saya dengan cara yang baik... jadi baik la sekiranya saya mengahwinkan mereka, sekurang-kurangnya saya tahu suami saya di mana... tak salahkan kalau saya ingin melihat insan yang saya sayang bahagia...."
    Sebak aku mendengar pengakuan tulus dari isterinya...kalau aku jadi suami dia...xnak aku kahwin lain...isteri aku sayang gilerr kat aku lerrr...tapi apakan daya...aku juga wanita.... hurmmmm..menitis airmata MissN@niey...huhuuuuuu
    (AM krew terus menepuk tangan  dan faizal menujukan lagu ini kepada wanita itu) 
    wanita itu dengan sebaknya mengucapkan "terima kasih faizal"
    Moga wanita itu sentiasa kuat dan tabah...moga Allah menetapkan dia di kalangan wanita dan isteri yang solehah amin...selamatkan imannya YA ALLAh... amin...amin...

    Ha tue la kisah MissN@niey pagi nie...MissN@niey sedih juga bila dengar macam-macam masalah nie...macam mana la MissN@niey nanti...hurmmm BerDoa itu kunci segalanya...banyak-banyakkn berDoa ye... smile always...
    ~MissN@niey~

    Monday, December 27, 2010

    Yes we Can...Amin

    (◡‿◡✿) (✿◠‿◠) (◕‿◕✿) (◑‿◐) (◕‿-) (✿ ♥‿♥)

    Wah...melebarnya MissN@niey senyum... tapi kenapa yer? haha...Tahniah Harimau Malaya "Malaysia Boleh"... Semalam aku pergi menonton perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF at Damansara. Mulanya agak berdebar dan aku tidak mengharapkan apa-apa pada mulanya...tapi dek kerana semangat patriotik yang telah dianugerahkan kepada aku (hehe bangga diri jap), aku yakinkan diri "ye Harimau Malaya mesti dapat tewaskan Garuda"...syukur Alhamdulilah ke atas hadrat Ilahi...benar...jika kita yakin kita boleh..kita pasti boleh!!! 

    0-0
    waktu nie, serious aku tak lalu nak menelan nasi lemak ayam yang aku order tu, payah gila nak telan...
    Dan kat bawah nie gambar curi dari FB abg aku no 2...dia g stadium semalam...

    Bang cik --> Intan curi gambaq hahahaha...
    Nie Abg aku...yang mn? yang tengah tue la...tunjuk tulisan Malaysia tue...dia g stadium...dia mmg semangat bola dari bangku sekolah lagi...minat sangat la...setiap kali ada pertandingan bola...mesti sampai stadium...kalau banyak duit, aku rasa world cup pun dia akan p punya...

    1-0
    caya lah Harimau Malaya...tendangan dari safee...membuat restoran Gulam Mee tempat aku menonton tue terus gegarrrr...!!!...aku jerit jap...tapi xla kuat sangat, sikit je....tapi aku masih xlalu nak makan...hahaha
    tengok keadaan di stadium plak...
    Inilah wajah penyokong Malaysia selepas Harimau Malaya Gol 1-0....sangat seronok mereka di Stadium ye...aku sorak kt kedai makan jer...kak uda...sorak sorang2 kat rumah...hahaha

    2-0
    ashari gol pulakkk.....sorakkan aku bertambah kuat...xtau la kuat mana...tapi aku yakin orang lain semua sedang khusyuk melayan perasaan masing-masing....syukur Ya Allah..kami GOL lagiii...suapan aku..laju...
    Layan Stadium plak...
    Ya Allah, muka abg cik aku....tapi kalu aku kt situ pun...teruk juga muka aku...hahahaha

    3-0
    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....tandukan dari safee buatkan aku hampir menitis air mata aku korang tau...lucu arrr...aku tak sangka kita akan jadi hebat sebegitu....wahhh...kita sudah makin improved....satu peningkatan yang sangat baik...
    Gempaq Stadium bukit Jalil
    memang tak dapat di kawal lagi..hahaha...sapa tak seronok kan..

    Aku dapat rasakan kepuasan hati mereka menonton keMEnangan Malaysia semalam...



    Aku bangga bergelar Rakyat Malaysia



    Di sini aku nak share la..beberapa cerita dari News Paper Online...yang telah menceritakan kejayaan pasukan Malaysia kita

    ~MissN@niey~