MissN@niey corner


Followers

NaniNaim

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 23, 2010

~MissN@niey~

Kenapa MissN@niey? 

First :: kerna itu nama aku nurul haN@ni-EY

Second :: sbb aku masih Miss....@ cik...aku bkn puan @ datin @ puan sri...if 1 day status aku dh berubah nnt, aku akan tukar la status aku tue...myb jd M@d@m N@niey plak...wait n see la...hehehe(◕‿-)



~MissN@niey~

Wednesday, December 22, 2010

•.¸¸.•´¯`•.Cerita tentang Aku ler ♥.•´¯`•.¸¸.•.

 Health::
December Fever... December bring to sick...masuk december ni, aku rasa nak demam jer, tak berapa best bila diri kita berada dalam keadaan sakit.... nak pulak sakit tu adalah demam...hurm sangat la tak best...tapi aku dah jumpa doktor. Aku harap sangat aku akan kembali sihat seperti biasa... tak nak dah rasa sakit-sakit dada, sesak-sesak nafas, stress satu badan dan sewaktu dengannya... InsyaAllah, Allah berikan aku sakit, Allah juga yang akan menyembuhkan aku...amin



Career ::
Syukur Alhamdulilah... semuanya berjalan dengan lancar, walaupun banyak sangat dugaan yang aku hadapi untuk memastikan kerjaya yang aku impikan tercapai...amin...YA ALLAH, ENGKAU permudahkan segala urusan ku Ya ALLAH... hanya padamu tempat aku mengadu dan meminta pertolongan...amin



Love ::
Cakap soal cinta aku jadi resah sangat... mana taknya, Aku masih tercari-cari "Love Story" aku...tapi...ada yang melamar... (◕‿-)



Family ::
rindu Mak dan Abah aku... dorang baru je datang 7 disember yang lepas...aku rindu gila dengan dorang... Mak Abah aku sihat sejahtera...amin



Job ::
Job aku, aku jer...normal job... aku sampai office kadang jam 8:50, kadang tepat jam 9:00 kadang lewat 10 minit itu la aku...
tapi balik tepat masanya jam 6:00..hehe...sebab aku kena hadapi long journey nak sampai ke rumah...kalau jem lagi la...sabar jela... office hour 9am to 6 pm...(9 jam tuuu...hutmmm)



Financial ::
kewangan yang tak perlu aku story kat sini...tapi ada sapa-sapa nak tolong aku?


~MissNaniey~

Tulis Menulis

Aku tak tahu nak tulis apa...tapi aku ada banyak perkara yang harus aku lakarkan...agar aku tahu, aku juga punya Diari Hidup aku...tapi aku tak banyak masa untuk itu semua...hurmmm...


Dulu aku suka sangat menulis... sebabnya, kadang-kadang dengan menulis ini apabila kita menulis, kita akan dapat mengetahui dengan cara langsung @ tidak langsung tentang kelemahan diri kita, malah kelebihan kita juga. Dengan luahan yang aku tulis di diari buruk lama (yang berbentuk sebuah buku) aku tu, aku dapat perbaiki apa yang patut aku perbaiki lah kan...
Tapi aku menulis pada kertas...diari lama, sekarang aku menaip pada electronic diari...agaknya sebab tu aku malas menulis menaip kot...huhu 




Tapi semenjak aku bekerja dan bergelar "System Executive" aku seolah-olah hilang pedoman aku untuk menulis, keadaan diri aku yang terkadang aku rasa penat membuat aku malas untuk menulis, sehinggalah aku tak kenal siapa aku...
Justeru itu, aku ingin kembali menulis, yup...tulis...tulis....tulis...dan tulis... JOm tulis....bila menulis...mesti ada yang membaca kan...


~MissNaniey~

Wednesday, November 10, 2010

Selamatkanlah Kami Semua Ya Allah....



JOHOR BAHRU: “Jika semua orang sudah tidak sukakan kami lagi, minta ayah bagi RM500, kami akan pergi dari sini. Selepas ini, anggaplah ayah sudah tidak ada anak bernama Emelia lagi.” Begitu antara kandungan SMS dihantar seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai menjadi punca pergaduhan hingga mengakibatkan kematian bapanya. 

PEKAN: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Salam U all, hari nie I’ll share a little story that is so serious… for those yang watch news semalam or yang already read the newspaper today mesti tau petikan di atas yang I share dgn u all nie kan… n pada sesiapa yang xtau, I nak story sikit la… semalam I watch news at TV3 Buletin Utama, 2 cerita yang agak sedih utk didengari… di Johor Bahru-->menantu tikam ayah mentuanya… di Pekan-->anak tetak kepala ibunya… masyaAllah…. knp ini terjadi hal sebegini  Ya Allah… seperti kita sudah kembali ke zaman jahiliyah.

I terkedu sekejap... sebak rasa hati I bila dengar cite yang macam nie tjadi di Negara kita... Xtau mcmn nak ckap… knp mereka sanggup melakukan hal sedemikian pda insan yang telah melahirkan dan merawat kita sehingga kita berpeluang untuk hidup di muka bumi ini... Mana hilangnya rasa hormat dalam dri mereka terhadap kedua ibu bapa mereka...

First, I nak mengulas mengenai crita kt Johor Bahru tu… dari petikan yang I Paste dari myMetro anak perempuan kepada pasangan suami Rohani Yacob, 45, dan  Armen Suardi, 53, yang bernama Emelia itu sendri… tidakkah dia merasa berdosa melakukan hal sedemikian kepada kedua orang tuanya… memang la kalau anak perempuan itu telah berkahwin, dia harus mengikut telunjuk suaminya… tp sekiranya suaminya itu sudah tak waras sehingga sanggup membunuh ayah… kalau I la…dh lame I minta cerai je dgn lelaki yang mcm tue…. sbb I penah dengar satu statement dari kawan i…husband dia penah cakap pd die…”isteri boleh cari, emak xboleh cari”…so y not la kn kite wanita nie ckp mcm tue jg “suami boleh cari, tapi ayah xboleh cari” hurmmm I heran la… nape dia boleh cover suami dia plak dgn menghantar statement bodoh mcm nie :: Emelia yang berusia 20 tahun itu masih sempat mengirimkan satu lagi SMS menafikan suaminya menikam bapanya, sebaliknya mendakwa arwah menikam diri sendiri. (http://www.hmetro.com.my/articles/Matiditikammenantu/Article) dah la masa tue emaknye Rohani tengah sedih dan lebih menyedihkan, ketika menunggu jenazah arwah suaminye dibedah siasat plak tue… ape punya anak la...

Tapi bila di kaji blikkn… anak perempuan dier berusia 20 tahun…suami dia berusia 23 tahun… muda lagi tu… awalnya kahwin…hurmmm…awal ker? Tpulang pada individu….bagi I kahwin tu satu ibadah… untuk menunaikan ibadah kita harus bersiap sedia kerana ibadah ini berkaitan dengan hubungkait antara manusia dengan yang Maha MenCipta kita… sekiranya kita tak bersedia… atau belum mantap…. godaan syaitan akan menguasai kita… wallahualam…I pun masih dalam proses pembelajaran…

Second is, cerita terlalu suka membaca buku mistik….  Ada kebaikan di situ…  kerna suspek suka membaca… bagus amalan tue, tapi bahan bacaan harus dipilih, sekiranya yang berkaitan dengan agama atau ilmu2 ghaib… seeloknya kita ada yang memandu…macam kita pancu kereta la, kena ada buku panduan untuk lulus periksa dan kena ada tenaga pengajar untuk kita pandai memandu kereta kan… sama la dalam apa jua ilmu skali pun… kalau tidak tak akn berlaku peristiwa seperti di pekan nie, sanggup menetak ibu kandungnya sendri, gara-gara kononya dia terpengaruh dgn bahan bacaannya… yang paling I tersangat la sedih bila ayahnya bgtau, dia adalah anak kesayangan ibunya…. astagfirullah….Chik jangan buat mak macam ni’  sayu bila membace ibunya merayu pada anak lelakinya untuk tidak melakukan hal itu…namun..Allah lebih sayangkan Ibunya… I yakin…dia akan menyesal seumur hidup…tapi nasi sudah menjadi bubur chik….saya berharap sangat ibunya sempat memaafkan anaknya….amin

I masih ingat lagi ustaz I ad berpesan… menuntut ilmu oitu haruslah berguru, agar kamu tidak menuntut bersama2 syaitan…dan apabila syaitan menjadi tok guru mu…maka sukar bagimu untuk kembali, justeru berwaspadalah kamu dalam mencari ilmu…..sebab tue I kalau I nak bace buku soal agama…I cari buku yang x heavy untuk I faham…atau, yang I dh faham the waynye….kalau I bace buku yang agak heavy, I akan terus stop @ I akan cari mereka yang boleh I jadikan tempat rujukan….lebih selamat….InsyaAllah…

Akhir kate, Saya ingin mengucapka Takziah kepada kedua-dua keluarga dari Johor Bahru dan Pekan ni, Semoga Arwahyarham Armen Suardi, 53 dan Arwahyarhamah Che Wa Isa, 57 dicucuri Rahmat dan berada di golongan hamba-hamba Allah yang beriman...amin... dan kepada semua readers, I wish u all di Rahmanti Allah juga agar kita sentiasa berada di landasan yang benar...amin... marilah kita berdoa agar kita sentiasa mendapat keRedhaan ALLAH SWT dan tergolongan dalam golongan pengikut Rasulullah Nabi Muhammad SAW... dan doakan l;ah kepada negara kita dan pemimpin kita selurus umat Islam didunia ini..kerena kita hidup berkongsi dan bersaudara...amin... amin Ya RabbilAlamin...Ya Allah.... bantulah kami Ya Allah.... 
 

Tuesday, November 9, 2010

Menanti Cinta

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ihklaskan semua nasib cintaku...
PadaMu... hu...

Lirik Lagu Krisdayanti - Menanti Cinta (OST Film Ketika Cinta Bertasbih)