kan best klu jd mcm nie...menerima pasangan apa ada nya
Followers
Friday, August 20, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Mohammad Ameer Muawiya Langrial
Sejuk hatiku mendengar adik ini mengalunkan Surah Yasin dgn begitu merdu skali.... Ya Allah...
SubbahanAllah, Alhamdulilah, AllahuAkbar...
if nak dgr, u all boleh pause dlu lagu kt mp3 nani ye...
if nak dgr, u all boleh pause dlu lagu kt mp3 nani ye...
Tuesday, August 17, 2010
"Puteri rasa nak ikut maksu solat kat surau la, boleh tak?"
Puteri Hanisa :: Maksu nak g mn?
Maksu Intan :: Solat Tarawih
Puteri Hanisa :: kat mn? dgn spa?
Maksu Intan :: kt surau depan rmh kita nie la, sorng je...Puteri Hanisa :: ok....
Hari berikutnya...
Puteri Hanisa :: puteri rsa mcm nak ikut maksu pegi semayang traweh la....
Maksu Intan :: yke...alhamdulilah....tp kita pegi lpas solat maghrib ok...putri dah mandi blum? Puteri Hanisa :: ok...blum...putri malas nak mandi
Maksu Intan :: solat, kita kerna bersih-bersih, wangi-wangi, sbb kita nak jumpa Allah iaitu Tuhan yang mencipta kita
Puteri Hanisa :: ok...putri pegi mandi sekarang...
Selepas Solat maghrib...
Puteri Hanisa :: maksu, putri dh bersih dan wangi...nak pegi sna kena bwak ape maksu?
Maksu :: kain semayang putri...
Puteri Hanisa :: Al-quran xpayah bawak?
Maksu Intan :: tak payah syg...nnt d surau putri jgn bt bising ye...solat yang betul2...
Puteri Hanisa :: ok...
Dalam perjalanan ke surau
Puteri Hanisa :: maksu...msa putri kecik-kecikkan, putri penah semayang sikit yang betul2...(nani tergelak dlm hati dgr perkataan yang dia gunakan...hehe putri2...smbil tersenyum...)
Maksu Intan :: yke...skang putri kena semayang yng btul2 tp byk2...boleh?
Puteri Hanisa :: boleh...
Maksu Intan :: pandai anak sedare maksu...dia janji nak jd ank yng solehah kan....putri baik je ketika solat isyak dan solat tarawih...tp besala kan kanak2...dia tgk sni....dia tgk sna...tp dia ikut je ape yg nani buat ketika solat....alhamdulilah...moga dia lembut hati....
Selepas memberi salam Solat Tarawih rakaat ke-4...
Puteri Hanisa ::maksuuuuuu...putri nak blik la, nak terkentut...(tersenyum nani dgr...nak gelak kang org rmai...putri2)Maksu Intan :: okla, xnak tunggu maksu? (putri jeleng kepalanya)...klu mcm tue, putri trus blik rmh ye...jgn singgah mn2....tgk keta....maksu habis...maksu blik ye....salam tgn maksu....(putri terus salam...berlari blik...) nani doakan moga tiada musibbah pdnya sewaktu dia blik sendri...
Nape nani brani bg dia blik sorng? sbb rmh dkat sgt dgn surau, ade dlm 10 meter, lgpun budak2 yang lain ramai mai kt luar suara tue, dan yang plg penting maksunya yakin dgn keberanian Puteri Hanisa....
Inilah Puteri Hanisa Binti Mohammad Harris Hazri.
Semoga dia menjadi seorang puteri yang solehah dan selalu menegakkan agama di jalan ALLAH amin...
15 Ogos 2010 / 5 Ramadhan 1431 H
Salam Ramadhan kepada semua pembaca setia Hanani.Blogspot... pagi nie nani free, tak banyak sangat kerja yang harus nani selesaikan, biasala kan bulan puasa, boss nani baik sangat, tak push staff dia untuk serius bekerja, thanks boss, lap u...hehehe ngade je... eh, sebenarnya nani nak share perjalanan hidup nani sepanjang ramadhan nie. Bukan semua yang nani akan shared kan, hanya yang best2 je...tak best la bila bace crita sedihkan, bila kita nak tersenyum sekirannya kita asyik nangis je, btul tak? siapa setuju, senyum, siapa tak setuju diam je...if still want to read stay, if not...nevermind....but...stay la sampai habis bace ye...hehe....
U all mesti tertanya-tanya apa yang telah terjadi pada tarikh yang telah tertera sbgai tajuk nie...hurmmm...sebenarnya, nani berbuka kat hotel... thanks alot to my brother (Harris Hazri Halim) and his wife my sister-in-law (Yusliza Jamalut) kerana sudi membawa adik manja mereka ini berbuka di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur... u all nak tau hotel ape? PNB Darby Park near to PNB building at Jalan Binjai Kuala Lumpur.
Inilah hotelnya, biasa je kan...tp not bad la...sebenarnya nani tak tau pun yang abang babi nak berbuka kat hotel, ingat just nak berbuka kat restaurant je. Tba-tba dah samapai ke Pavilion, pastu masuk dalam kawasan Hotel. Nani pun tnya la, kita berbuka kat sni ker? Bang cik pun jawabla dgn bestnyer, iye...kita makan sampai muntah...Ya Allah...korang tau nani wear ape? simple gler...best part is...scandal je nani pakai...ayoooo nape xbagitau awal2...boleh la nani melaram sikit kan...hehehe...tapi tak pe yang penting berbuka....
Welcome to the 39 Restaurant, PNB Darby Park
Dan ini adalah makanan berbuka Nani pada hari tue ::
mesti u all kate ala sikitnya nani makan kan, Alhamdulilah, nani dapat mengawal nafsu nani, itu yang nani harapkan di bulam Ramadhan ini. Nani tak nak amik makanan byk-byk, tapi akhirnya nani tak habis makan...rugi...dan membazirkan amalan syaitan...tapi yang nani tak sangka family abg nani la... makan bersungguh-sungguh, sampai kenyang sangat, sampai tak larat nak g solat maghrib...tapi bagus la kat hotel nie, nani dan pelanggan yang lain dapat menunaikan solat maghrib dengan selesanya...hihi
sambil-sambil kami menjamu selera, ade plak penyanyi iringin menghiburkan kami sewaktu kami bersantap...so nani pun request la lagu utk dia nyanyikan...sedap suara dia...jap erk nani share dgn korang video dia...nani ad rakam tau...
nani nak bagitahu ye, if u all nak tgk video nie, pause la dlu mp3 nani tue... ade kat sebelah kri bwah tau...hehe...selamat terhibur...tp sikit je pun...sbb memory xckup hehehehee....
okla sampai sni dulu....salam ramadhan....
Monday, August 16, 2010
KAsih, CinTA, SeDih, KeCewa dan GembBira ˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan. Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH melayang ke tempat lain. Buntu memikirkan masalah yang menimpa. Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu. KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri. (-'_'-)
Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH sambil asyik memerhati gelagat KASIH. CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan. Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA. CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam. CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar. Wajah KASIH tidak seceria selalu, bagai di rundung duka. Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.
KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH. CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH. Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA. CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya. CINTA hanya mampu melihat dari jauh. KECEWA memang berpengaruh. CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH. KASIH tetap tidak melayan KECEWA. Dibiarkan KECEWA berlalu sepi.
Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH. SEDIH mengajak KASIH keluar. CINTA bersedia untuk mengekori mereka. Hari ini CINTA akan pastikan dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan. CINTA lekas mengejar mereka.
"KASIH..KASIH..KASIH..". tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH. "Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?" KASIH mengangguk..
"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?". Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH. Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.
"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"
"Apa? CINTA bermimpikah? CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan? KASIH minta maaf. Biar KASIH jelaskan. Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH. CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf." KASIH ingin berlalu pergi.
"KASIH..KASIH..tunggu. Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula. Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH. CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA. Berilah CINTA peluang. CINTA dah lama perhatikan KASIH. Dah lama menaruh hati pada KASIH. Tolonglah KASIH."
"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye. KASIH pergi dulu. SEDIH dah lama tunggu KASIH."
"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan. Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain. Tolong ye." CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.
KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa-apakan CINTA. KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA. Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.
"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA.."
Sepi berlalu di hati CINTA. KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya. Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?
LOVE isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best... but its about who CAME & NEVER LEFT...!
Friday, August 13, 2010
Cerpen :: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.
Aku nak share dengan korang cite cerpen nie...actually cerpen nie pernah aku upload kt blog ak yang lame...tp bla teringat sja aku upload blik dlm blog bru aku nie...selamat membaca...dan hayatilah wahai para suami dan istri...(✿◠‿◠)
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!
~ Hasil nukilan, Nur Fitrah ~
(◡‿◡✿) Indahnya Hari ini ٩(-̮̮̃-̃)۶
Alhamdulilah...hari ini Indah rasanya...(✿ ♥‿♥)
Ya Hannan
Denai hijau, Langit biru, Gunung kelabu
Bukanlah sekadar satu bingkai pemandangan
Yang mensuratkan sebuah keIndahan
Tapi potret hakiki yang menyerlahkan keBenaran
Cermin alam yang menwajahkan keWujudan TUHAN
Denai, Langit, dan Gunung
Adalah satu cubitan kasih
Pada satu keAlpaan
Pada limpahan bikmat selaut Indah
Ke mana titisnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur
Mengapa hati masih buta alpa untuk berSyukur?
Denai, Langit dan Gunung
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan
Gunung...bagai pasak teguh...keMurnian Iman
Langit...hamparan saujana...keLapangan Islam
Denai...lembah subur...keLembutan Ihsan
Adalah citra di kanvas hati rasa kehambaan
Ketika sunyi berwacanalah diri dalam diri
Ya Hannan,
Teguhkanlah imanku, seteguh gunung itu
Ya Hannan,
Lapangkanlah islamku, Selapang langit biru…
Dan lembutkanlah ihsanku, Selembut rumput di denai itu
Nescaya bertemulah diri yang hakiki
Di kamar hati yang cinta Ilahi
Ya Allah…
Tika gagah-Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dan kolam hatiku takkan selamanya keruh..
Insya Allah!
Dan lembutkanlah ihsanku, Selembut rumput di denai itu
Nescaya bertemulah diri yang hakiki
Di kamar hati yang cinta Ilahi
Ya Allah…
Tika gagah-Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dan kolam hatiku takkan selamanya keruh..
Insya Allah!
Mujur Dosa itu Tidak berbau (⊙_◎)
Terkedu seketika kala menatap tajuk di atas, mujur dosa itu tidak berbau.
Kalau berbau...bagaimana agaknya ya?
Akan adakah orang yang akan mendekati kita?
Bagaimana baunya?
Astaghfirullah...
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Menyayangi...sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri.
Namun, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada!!! Jika di dunua, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas...
Tapi di akhirat kelak, yang benar tetaplah benar dan yang salah tetap menerima hukumannya.
Segala anggota pada tubuh akan berkata-kata,
meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan.
Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu ALLAH dan Diri Sendiri!
Renung-renungkanlah...
hadis&falsafah NUR
Thursday, August 12, 2010
♪♫•*¨*•.¸¸Bila Cinta ❤¸¸.•*¨*•♫♪
Bila cinta kini, Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini, Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu...
Yang ku rasa kini, Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu...
Dulu kau tawarkan, Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu, Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi...Tinggalkanku...
Yang ku sambut itu, Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi...Tinggalkanku...
Hilangnya cintamu, Menusuk hatiku
Hingga ku memilih, Cinta yang fana
Hingga ku memilih, Cinta yang fana
Perginya dirimu, merobek jantungku
Hingga ku terjatuh, Dalam harapan
Hingga ku terjatuh, Dalam harapan
Ku sebut namamu, disetiap doaku
bangkitkan setiap, kenangan tentangmu
yang ku dapat hanyalah bayangmu...
bangkitkan setiap, kenangan tentangmu
yang ku dapat hanyalah bayangmu...
Hilangnya cintamu, Menusuk hatiku
Hingga ku memilih, Cinta yang fana
Hingga ku memilih, Cinta yang fana
Perginya dirimu, merobek jantungku
Hingga ku terjatuh, Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
Hingga ku terjatuh, Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan
12 August 2010 [ 2 Ramadhan 1431]
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslim di mana jua anda berada. Pertama sekali, aku nak mohon maaf, sebab dah lama tak menulis blog ini. aku agak sibuk dengan perkerjaan aku sekarang, nak menulis blog ni kena ada waktu yang terluang tanpa gangguan persekitaran dan mental yang waraskan agar apa yang aku tulis dapat manfaatnya pada mereka yang sudi membaca. sekali lagi aku memohon maaf sekiranya aku terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan memohon maaf pada kenalan aku di dunia cyber ini. yelakan bila dah kerja ni sibuk sangat, malam blik dah letih , jadi perlu berehat. ok la.
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf diatas kesalahan dan kesilapan tanpa aku sengajakan atau tidak sengajakan, jika ada keterlanjuran kata, mengumpat sengaja atau tak sengaja (mendengar orang mengumpat sengaja atau tak sengaja) atau perbuatan yang menyinggung perasaan mereka yang mengenali aku sepanjang pergaulan kita maupun menjalankan tugas. Harap korang dapat maafkan aku semoga ibadat kita di terima Allah Subhanahu Wata’ala hendakNya dan semoga kita di pertemukan dengan “Lailatulqadar” dalam bulan mulia ini.
Jadilah matlamat hidup kita mencari keredhaan Allah. Hidup di dunia hanya sementara, Akhirat jua yang kekal abadi. Beramal Soleh seikhlas mungkin, beramal kerana Allah jangan kerana selain Allah, kerna syurga diberi kerana rahmatNYA bukan kerna amal yang banyak.
Sekian dan Selamat menyambut bulan puasa dan selamat menjalani ibadah puasa.
MAAF ZAHIR DAN BATIN
"..sesuatu yg tak disangka seringkali mendatangi kita, Itukah suratan dlm kehidupan @ sekadar satu kebetulan.."
ni niat puase n doa buke puase yer...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)